Tabung nuffnang sayer :

Sunday 20 April 2014

Persiapan untuk barang Hantaran

Good morning. Hurmmmm Alhamdulillah no Monday blues today. Hik hik ..  But topic arini nak cerita pasal Hantaran. Persiapan untuk barang-barang hantaran. Oh ya, nak diingatkan, apa yang aku cerita ni actually more to my diary's. Anything yang aku share pun just sekadar bercerita dengan diary online. Bukan untuk menunjuk or apa-apa je la. Rasanya blogger2 je memahami jiwa blogger right? Anyway...another 5 months to go?? Hurmmmm adakah masih awal atau ckup-ckup makan je masa yang ada?  I dont' know sebab tak pernah ada pengalaman kan? lagi2 plak aku ni anak sulung, so memang ini first experience yang aku alami. Tak pernah plak aku berhadapan situasi tolong2 orang nak buat persiapan kan?? Actually bkn tak nak tolong, tapi memang tak pernah pun laa melihat. Mungkin sebab factor sepupu-sepupu pun jauh di Kelantan. Kalau belah ayah pulak aku cucu sulung. Memang tak ada lagi la sepupu-sepupu yang berkahwin.

Sebenarnya perancangan untuk berkahwin pun dibuat last minute. Kiranya tak sangka yang akan berkahwin dalam tahun ni jugak. Ish ! serious rasa macam tak percaya. Sebab target dalam masa setahun after merisik tempoh hari. Sebab we olls tak bertunang pun. Membazir. Eloklaa merisik sahaja, then kalau nak bertunang pun mungkin on the same day masa hari bernikah kejap. =) ... hihi simple je pun. So minggu lepas, ibu ada sent gambar kat Whatssapp. Wah ! Teruja tengok beliau tengah buat persiapan untuk hantaran kan? Okey aku memang serahkan 80% keputusan untuk tetapkan konsep aku nikah nanti. Ayah is banker, ibu decider and aku cuma buat pilihan itu ini, lepas ibu approve barulah ayah akan bayar. Hik hik, begitulaaa. Tapi tak semua ayah sponsor. Benda-benda kecik macam barang-barang hantaran, photographer, and kad aku yang bayar sendiri.

Sebenarnya barang-barang hantaran dah siap beli pun. Kira dah cukup dalam list. Sebab we olls beli sikit-sikit . Start lepas raya tahun lepas tu dah mula membeli apa yang rasa ok depan mata. Terus rembat =) Hihihi jadi tak terasalaah nak membeli sekali harung mcm tu. Tak pening kepala dah bab hantaran2 ni.

Gambar yang ibu whatssapp persiapan untuk hiasan par hantaran. Hihi terharu kejap ! sobs.. sobs... :')
Okey begini rupanya. Hik hik tapi sengajar kaburkan colour supaya elemen surprise tu ada nanti =)
Untuk full picture with hiasan tungguuu entri lepas solemnization nanti

Okey actually we all amalkan konsep, dia beli barang dia and aku beli barang apa aku nak. Kikiki sO nanti tukar je. Selalunya kalau dia beli2 barang yang dia nak tu, dia akan kasi aku simpan jugak akhirnyaa.. Jadinyaaa rumah aku dah macam stOr simpan barang-barang. Haish ! Nanti hantaran we Olls cuma 9 dari pihak perempuan berbalas 7 dari pihak lelaki. Tak naklaah hantaran meleret2 banyak. Sikit and simple is better. Okey kat bawah ni pun aku listkan apa barang-barang untuk lelaki dan perempuan memandangkan semua barang-barang memang aku yang simpan.
Kat bawah ni senarai barang-barang lelaki
1. Jam Tangan
2. Perfume & Wallet
3. Baju melayu
4. Kemeja & T-shirt
5. Kasut
6. Towel
7. Cermin mata
8. Cincin
9. Maybe chocolat or buah-buahan
* yang bergaris tu maknanya dah settle

Jam G-Shock. Dia memang peminat tegar G-Shock. Hurmmm



Wallet Levi's ni nanti nak 1 dulang dengan Perfume
Baju melayu

Kemeja & T-shirt Polo


Kasut


2 helai towel Jean Perry


sunglasses


Okey aku punya barang pun nak menyelit jugak yeee..  hihihi mana tahu tak cukup lagi kan??


Senarai barang perempuan:

1. Handbeg
2. 2 helai batik crepe
3. Jam Tangan
4. Telekung & Tafsir Quran Rainbow
5. make up set  & Perfume
6. Duit hantaran
7. Mas Kahwin & barang kemas untuk batal air sembahyang

 
* yang bergaris tu maknanya dah settle
 




 
 
 
 
Itu sahaja. Hihi untuk tengok full picture dengan hiasan tu kene tunggu ye. Ini masih botak lagi. Hik hik hik .. 


Monday 14 April 2014

HABIB JEWELS Diamond Fiest 2014

Okey sebenarnya aku baru tahu dalam minggu lepas yang Habib ada buat diamond sale. Sampai 50% jugak sale Nye. Wow !!! Ermmmm 2x dah aku meredah ke Habib tu. Angan-angannya sebab bila da sale ni harusla cari untuk cincin bertunang nanti. Inshaa Allah mungkin aku akan bertunang pagi, dan pada hari yang sama juga lepas bertunang tu akan menikah =) . Resepsi tenghari hari yang sama jugak. Adeh sure penat !! Jadinya Habib ni memang buat sale tepat pada masanya laaa..
 

  Dah 2 hari survey ke Habib tu. Balik rumah pikir and whatssap kat mak. Memula ada dia tak berkenan. Last-last ada 1 tu dia mcm okey. Kira okeylaaa sebab less 50%. Meaning kalau harga dia dalam RM4000.00 dapat la less around RM2000.00 Jimat gler . Okey layan gambar-gambar aku dengan cincin-cincin je la yeee 
 
 
Pergghhh berkilau diamond dia kan? Ni semua 18 karat punya white gold with Diamond. Oh diigatkan semua yang aku usha adalah white gold. Hihihi saje nak try white gold.

memula nak yang ni, tapi rasa macam halus sangat. Price dia RM1,300. After less dalam RM699.00

kalau bukan untuk bertunang or menikah boleh kot pattern ni . hihi ni macam untuk jenjalan kan. Price only RM888 after sale

Ini besar sangat. Tapi cantik laa cuma jari iolls yang halus ni xcntik ah ! Rasa macam gabak sangat. Price RM4,900 After sale RM2480. Feww !

Ini pn okey okey la. Price dalam RM1,000 xsilap lepas sale

Ni pun nice. kawan2 ada suka yang ni. Price dia RM3,800 . After sale jadik laa around RM1,600 mcm tu. Kene Tanya balik sebab aku bukan promoter Habib wakakaka


Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Tetiba rasa berkenan yang pattern ni. Rasa macam diamond ring sangat kan??

Kiri tu cincin mak den kasi. Jadi saja buat perbandingan dengan mak untuk tunjuk how was it . I mean size dia laa.. Price dia agak gulp almost RM4000.00 jugak tp xapa laa.. Belum less lagi.  Hurmmmm boleh usha-usha lain lagi.

untuk tatapan blogger nak cuci mata. Maap kamera hp murah memang cenggini. Tak terang !


 
Sesenang korang p melawat sendiri jek kat Habib ye. Ataupun leh la melayari web site dia di sini
 
 
 

Tema colour & Kotak Doorgift majlis resepsi

Morning.... Hari ni baru berkesempatan sat nak bercerita tentang aktiviti hari minggu lepas. Dah masuk selasa baru nak cerita kan? Tak apa, bukan basi pun kan??? Neway... Ahad lepas aku ke Nilai 3 tu usha-usha barang-barang nak nikah nanti. Fewwww.... Actually another 4 months je lagi kot. HUrmmmm memang express je semua dari keputusan and tempahan2 bagai. Actually dalam hati memang niat nak kasi makanan je untuk doorgift ni. Kalau kasi barang-barang kadang mengarut je. Sebab semua org akan buang je.. Hurmmm not nice kan??? sO aku decide nak kasi muffin or cup cake something like dat laaa.. Jadinyeee masa menyinggah kedai tu, we all terjumpa kotak yang kira ok laaaa.. Aku malas nak pikir dah nanti nak pack ke apa ke. Mula-mula dlu terpikir nak kasi dalam paper bag. Hrmmmm tp leceh glerrr.. Xkuasa i !!
 
So dah berjalan serantau tu terjumpa kotak yang cute miut dengan tema keluarga aku nanti. Hihihi actually tema untuk family nanti adalah purple. Kira purple belacan gitu... Haaa actually untuk jimat ni parents dah siapkan kaler ni untuk baju raya. Tapi alang-alang nak mempercepatkan majlis tu, we all decide untuk pakai kaler sama je. Jimat kan?? Watpe nak membazir kalau dah ada kan??? Hihihi Confirm purple belacan !!!

 
tema kaler untuk my big day nanti.



Ni laa kaler temanya nantiiiii =) hihi baju raya family iolls untuk taun ni. So family akan pakai untuk majlis nanti


Part aku suka kotak ni adalah riben Hihihi Nampak cute riben dia. Actually aku nak simple-simple je.
 
Okey sebenarnya ada banyak kaler. tapi aku choose purple tgh and gold kiri skali. Purple kanan tu terlalu terang and tak kene dengan tema. Hihih abaikan riben yang renyuk tu sebab aku yang bukak nak tengok dalam macam mana??? hihi
 
Akhirnya aku beli jugak kan?? Harga pun reasonable RM0.29 sen je 1 kotak. aku rembat dalam 65 pax baru RM188.00 . Tetamu pun tak ramai yang we all invite nanti.



Friday 11 April 2014

Balut Set Make up MAC untuk Hantaran sendiri !!

Hyeee. Ingat lagi tak sebelum ni aku pernah cakap pasal beli hantaran make up di MAC and mintak dorang wrap kan?? Haaa korang boleh gi balik ke link ni ! Ada aku pernah cerita. sO keesokannya aku pun pergilaaa amik pagi2 buta lagi 10 pagi pasai aku tahu time tu memang jalan tak jem ! Parking pun banyak !! sO dengan senang hati aku meredah hujan renyai2 ke Mid Valley sebab aku beli MAC ni kat sana. Sampai tepat jam 10.00 pagi, aku rehat-rehat jap depan bangku situ, supaya bagi masa depa nak buka kedai. Bila Nampak ada beberapa customer baru aku masuk. Bila da siap tu aku main tengok-tengok gitu je laaa.. Sebab dia letak dalam paper beg besar.. Nampak cm okey laaa. Tapi bila bukak balik dalam kete ini laaa hasilnya !!!

Erk !! Nape macam plain and xdek seni??? Meleper gini eh ??? Memang la aku beli barang sikit jep, tapi 5 barang pn dekat RM500 oi !! So belek lagi ermmm macam tak puas hati :'(


Dari tepi pun macam leper je kan?? Ish !!! Menyesal lak hantar kat depa. Dah la xpasal-pasal kene bangun pagi and p balik Mid Valley kan??? Kalau tahu baik wrap sendiri !! Ini macam seni bina buat rumah jeeeeeee . Sentap !
 
SO aku dengan bengangnye telah membuka balik balutan tu. Aku susun balik barang-barang tu sebab klau boleh aku nak la dia de yang separuh berdiri, Nampak de tinggi sikit. Tak mo laa plain cenggini kan?? Ish ! nanti nak letak dalam par hantaran tak menarik. sO aku pn mintak tolong staff aku balutkan guna food wrap ni. Nasib baik diap pandai buat. Kemas pulak tu. sO aku berpuas hati laaaa.. ^_^
 
 
Ok la sikit kan?? Ermmm memang la barang sikit je. sebab aku beli apa yang aku nak pakai je pun. Ish !!


Sisi depan =) So nanti boleh la letak kat par and hias bunga-bunga keliling dia


 

Friday 4 April 2014

Set make up MAC untuk hantaran kahwin

Okey sebenarnya tengahari tadi rehat 2 jam lbh so aku and kawan-kawan opis terus merayap ke Mid Valley eh ! di ulangi Mid Valley. Kemain kan macam esok dah tak ada weekend lagi nak pegi. Hooo hooo sebenarnya dah alang-alang pergi Mid Valley tu, agenda utama aku adalah nak membeli set make up untuk hantaran kahwin nanti. Dah lama usha and kumpul duit nih, sO aku decide nak beli MAC sbab sebelum ni ada jugak pakai lipstic dia macam best. Aku ada review produk-produk MAC pn memang ramai cakap best ! sO memang aku kempunan la nak try. Bajet aku untuk set make up ni RM500 je. xmo lebih. Kurang tak apa. Fuh ! berpeluh jugak lah mengumpul. Opss cop cop ! memang konsep hantaran we all ni, aku beli je barang-barang kesukaan aku, and dia beli barang kesukaan dia. So we all tukar je nanti. Senang ! Lagipun bkn ada masa nak beli sesame kan??
 
 
Jadi dengan terujanyaa aku pergi butik MAC yang ada kat Mid Valley tuh. Situ pilihan macam lebih banyak jugak. sO aku main petik je amik and amik kan? Sebelum tu test jugak la kot - kot sesuai ke idak dengan muka aku. Memang dalam fikiran nak beli 5 barang utama yang aku selalu pakai. Tapi biar berbaloi jugak la kan?? Tak mo la yang cincai je amik. sO pilih punya pilih tu, aku cuma pilih
 
 
Lipstic MAC yang Mate. AKu tak minat shining
Blusher
Eye shadow
powder
BB cream
 
Semuanya basic make up untuk pakai setiap hari kalau nak ke mn-mn. Pergi opis, jenjalan and so on. Actually aku amik pic di bawah ni bukan apa, tapi sebagai evidence untuk amik kendian hari. Sebab MAC product memang ada sediakan services untuk wrape hantaran kahwin and so on. Memang cantik la dia wrap. Yeke?? Hiihiii ni orang cakap je. Aku cuma angguk ! Jadi alang-alang tu aku amik je la picture ni untuk tengok esok sama x produk aku dapat nanti masa amik. Sebab 2 hours kene tunggu untuk tempoh me 'wrapping ' untuk hantaran. Hohoho jadi kita tengok lah keputusannya untuk next entri =) 
 
Taraaaaaaa ni la barang-barangnya..

price list sebab mostly masa aku blogwalking cari senarai harga MAC ni, tak ada pun yang review. At least sape yang nak bajet tu boleh la kira-kira dari awal. Aku cuma tak beli mascara je, sebab macam mahal sangat RM90. Sebab mascara ni aku pakai banyak. hihii
Okey sekian. Nanti tunggu macam mana MAC wrapping hantaran kahwin aku ye ?

Thursday 3 April 2014

Rasa nak DIy kad Kahwin sendiri ??

 
Yeayy akhirnya ada masa nak update entri sekejap. Sekejap jelaa. setelah lama berzaman terperuk dalam draft kan??? HUhuu Tak sempat nak cerita pasal kah Kahwin yang aku nak DIy. Tetiba nak DIy kan?? Ingat senang ke nak DIy kad ni???  Al-kisahnya aku tertarik dengan 1 kad ni. Simple sangat-sangat tapi nice !!! So aku just benchmark je laaa. Hurmm bukan nak tiru idea or apa, tapi memang niat dari awal nak DIy je laa. Masa do usha-usha blog yang DIy pasal kad kahwin ni aku terjumpa 1 kad yang memang terus membuat aku nekad kengkononnya nak DIy. Lagipun dapat lahhh save bajet sikit. Kad?? Lepas orang dapat kad selalunya dorang buang je pun. sO buat apa nak buat mahal-mahal?? Ada sesetengah sampai RM2.50 sekeping ??? Wadehal?? huhuhuhu sedih jugak duit dibuang cmtu jeK !
 
 
So lepas balik keje aritu, aku bertungkus lumus menyiapkan draft untuk kad tersebut di publisher. Hohoho gler struggle kan?? Tak tahu la menjadi ke idak ! Tapi setelah di godek publisher tu, sO resultnya jadi lahhh seperti gambar-gambar di bawah. Tapi ini cuma percubaan jep. Guna kertas mana yang ada sebab kalau aku beli siap-siap barang yang nak dibuat, lepas tu tak nak buat da??? Tak ke rugi. sO bila percubaan ni macam menjadik jek aku akan teruskan lah plan seterusnyaaa. Cuma masih blur-blur nak pilih kaler apa. Huhuhu 
 
Akhirnya siaapppp. Hihihi separuh gambar je sebab bawah tu masih ada tarikh. Ini semua masih dummy :)

Sesi menggunakan publisher

belakang kad

Buat size bulatan kengkonon ni adalah doily paper sebab aku akan buat sampul kad ni nanti dari doily paper ye =)
Kan aku da cakap semuanya percubaan. Ni adalah doily paper la kengnkonon. sO aku akan beli size paling besar nanti supaya senang nak membentuk dia menjadi sampul.

cubaan melipat untuk jadikan sampul

cubaan ke tiga. Nak tahu size kan??

taraaa kira okey laaa. asalkan tertutup yang bawah. Aku nak cuma Nampak sampai nama jemputan jee

Kemudian nanti aku akan gam dengan kertas yang same kaler dengan kad untuk jadikan dia corak. Tak lah kosong sangat kan??

 
Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa
last sekali jadi begini. Hihihi Alahai cuma kaler je belum pilih lagi. Ikutkan nak kaler brown coklat mcm kaler buku latihan sekolah kita dulu-dulu




Ok sebenarnya aku benchmark kad seperti dibawah ni haaaa. Sebenarnya dia pun ada jual kad, tapi tah memang aku nak buat sendiri kan? sO nanti aku akan perbetulkan lagi angle kad2 aku =)





SO apa yang aku perlukan untuk kad-kad ni:
 
1. Printer : Adik Just gantikan dakwat (RM50.00)
 
2. Kertas A4 Keras : 1 pax (50 helai) RM5.00
                                  RM5.00 X 20 pax = RM100.00 (Dapat 1000 keping)
 
 
3. Doily paper : RM10.00 (250 pcs) (Size paling besar)
                          RM10.00 x 4 = RM40.00 (1000 keping)
 
4. Double tape: RM2.00 x 5 = RM10.00
 
 
Total : RM 200.00 untuk 1000 keping, then mungkin untuk 2 pihak kan? Sebab x lah smpai panggil 1000 orang =)