Tabung nuffnang sayer :

Monday 12 January 2015

Masak Spageti Carbonara simple !

Haa sekarang ni dah tak kisah dah nak cuba apa-apa jek resipi kan? Asal rasa senang nak memasak aku bedal jek memasak. Ceyyy dulu kemain susah nak masuk dapor kan?? sO sekarang ni memang kena laah belajar memasak. Tak masak yang susah2 pun macam masak lemak bagai. Aku start dengan benda simple-simple yang rasa aku boleh, aku buat. Weekend 2 minggu lepas tekak ni rasa nak makak spageti carbonara lah pulekks ! Huh tengok orang post dekat facebook macam sedap. Itu yang rasa macam nak cuba jek memasak. Bahan-bahan dia pun simple sajo kiranyaa aku tahu laa kalau carik dekat kedai.
 
sO sehari sebelum nk masak tu, dah pegi beli barang-barang dekat JUSCO. Esok kan tu cuba laa buat. Ceyy tetakut jugak memula. Mana tahu tak jadi ke apa ke kan sebab bahan-bahan dia boleh tahan jugak rege kan?? sO kalau tak jadik macam sayang la kan??
 
 
 
 
Bahan-Bahan:
 
 
 
1. Susu Dutch lady full cream ke, apa ke pn boleyyy
2. Sedikit cheese  ( Tapi kalau guna cheese yang serbuk tu lagi ok)
3. 1 botol prego carbonara
4. 3 ulas bawang merah & 2 ulas bawang putih potong dadu and kecik-kecik
5. butter or minyak pn boley. Sikit jek pun nak pakai
6. Serbuk lada hitam/ lada putih
7. spageti
8. 5 batang hot dog
9. Cendawan butang
10. Garam
11. Gula
 
Cara-Cara:
 
Hot dog direbus
Rebus:
 
1. Rebus hot dog dan spageti ye dalam bekas asing. Hot dog tu aku memang rebus sampai dia masak. Tak nak goreng
 
masih belum masak

Dalam 10 - 15 minit hasilnye begini
 
2. Spageti pulak aku basuh dulu, then masak air dia. Tengok air dah mendidih baru aku masukkan spageti tu
 
 
Kuah Carbonara:
 
1. Tumis laa bawang merah and putih tu dulu sampai naik bau ye? Macam biasa kita memasak mesti tumis-tumis dulu kan?? Hahaha dulu2 memang aku tak tahu pun kene tumis kan??
 
2. Masukkan cendawan butang
 
3. Lepas tu barulaah masukkan carbonara tu. Then susu dalam 1 cawan. Tapi kalau rasa nak pekat-pekat kuat tu tak perlu masukkan banyak susu. Agak-agak sendiri
 
4. Then dah tengok kuah nak masak, masukkan air sikit-sikit dalam setengah cawan. Ikut la nak macam mana lepas masukkan garam / gula. Pun ikut rasa lidah sendiri
 
5. Aku masukkan hot dog tadi dan sedikit lada hitam / lada sulah bagi lagi umpphh !! Then siap !!
 
 
tumis bawang


cendawan




 

1 comment:

  1. wahh sedapnyaaa. kita pun suka carbonara ni tpi makan skit je sbb cpt muak. Memang lidah belacan sungguh hahaha

    ReplyDelete