Tabung nuffnang sayer :

Wednesday 14 September 2016

Dah Dapat KAKI !

Dah dapat kaki? SApe dah dapat kaki pulak nih??? Haha dapat kaki tu bukanlah bermaksud dapat penendang. kehkehkeh.. Dapat kaki ni bila baby dah mula pandai berjalan. Walaupun masih terkedek-kedek tapi semangat dia nk berjalan amboi kemain. Dia start meniti dari sofa ke sofa tu sejak umor 8 bulan lagi. Then bila dah masuk umor 10 bulan tu dia dah mula jalan sikit-sikit. Lagi seminggu baby dah nak masuk 11 bulan. So minggu nih dia da mula berjalan lancar jugak la. amboi kemain nak ambik barang punya la dekat pun bangun berjalan. Hihi kalau rasa letih dia duduk mencangkuk sekejap. Hahahahahaha .. 


Badan dia kecik cenonet jek. Sebab da lama xpegi ukur CM and berat kan? so xtahu la berat dia berapa now. Last timbang masa cucuk MMR tu dia punya berat  6.3kg jek. Hihi cenonet orang nye sebab dia lahir pun 2.1kg kan?? Memang kecik and rendah. Kalau dia berjalan tu alahaiiii. Sebab tu ada orang panggil dia forever baby sebab orang ingat dia baru 7 8 bulan. Upenye apa nak masuk 11 bulan dah weiii. 









Tengoklah keleteh dia yang tak nak dok dalam stroller nih. Nih dia demam ni. Pagi tu kol 10pg lagi dah p klinik. Sebab mlm tadi dalam kol 2pg aku pegang badan dia ttiba panas. Cek suhu mak ai 38.4 ! Nasib ada spare ubat bontot. sO masukkan ubat bontot. Tidur pasang kipas. Aircond off. sO bia dia rasa sejuk tapi dalam masa sama dia berpeluh. Kalau berpeluh ni baby cepat baik demam. Then pagi esok tu kurang sikit panas tapi still bawak ke klinik laa. Doktor cek suhu masa tu 37.5. Masih demam. Batuk kahak + selsema. Hingus asyik keluar jek. 

Balik dari Klinik cepat-cepat ke IOI MALL CITY pasal nak cari baju tidur ala jumpsuit tu la. Nak yang berzip sebab kalau butang ni payah nak pakaikan pada baby umor baya dia. Punya lasak. Ingat boleh ke nak pakaikan baju. Pampers pun ikot nasib. Dia punya tak nak dok dalam stroller. Wah nak ajak berjalan. sO pimpin la tangan. Dekat mall kene beringat selalu tak leh lepas anak sukati. Orang sekarang tak boleh caye. Takotttt. Hati-hati semuaa

Hihi semalam plak tengok baby dah ada gigi sebatang. Ohh rupanya demam nak tumbuh gigi kot. Dia memang tumbuh gigi lambat sikit haha.. Tapi kelakar pulak bila tahu dia dah tumbuh gigi. Punya kami gelak kat dia. Kehkehkeh.. 


ni la baju yang sebok sangat dicari tu. Nama kedai tu Good2u.
Harga sehelai RM19.00 tapi beli 2helai RM30.00 tapi kalau beli 8helai pulak dapat harga RM10.00 sehelai

1 comment:

  1. Comel!
    Sakan la nanti baby jalan.
    Rata semua tempat nanti nak dijejak nyerrr...
    What a day nanti ler utk ibu ayah.
    Murah tu semua dpt rm10 selai. Berbaloi.

    ReplyDelete