Tabung nuffnang sayer :

Tuesday 11 October 2016

KERACUNAN MAKANAN PLAK DAAAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaa !

khamis lepas, Laana kene keracunan makanan plak daaa. Memula pagi tu aku hantar dia sihat jek. Happy lg memain. Dia da boleh berjalan memang ikut suka hati dia nk buat apa nak pegi mana kan? sO memang dia happy jek. Pepagi dia akan teman aku make up dlu kat surau opis. Sebab aku sampai keje dalam 7.10 pagi cmtu. 7.30 pagi da bole punch masuk. Sape punch 7.30 pagi boleh la balik jam 4.30 petang. Then Yang punch 8.00 pagi balik 5.00 petang.  Then yang punch 8.30 pagi balik lah jam 5.30 petang. Flexible time macam ni sangat-sangatlah menyenangkan kami. 

Oh berbalik kepada cerita keracunan makanan tu. After siap make up dalam 7.40 pagi aku hantar baby ke rumah pengasuh yang cuma 3KM jek dari opis. Hahaha dekaat sangat aih ! Selalunya dalam kol 8 pagi tu aku dah sampai laa opis and dah mula kerja kat workstation. Masa balik petang tu aku dah perasan tengok baby lain macam jek. Terbaring kat sofa rumah pengasuh. Selalu dia jenis aktif. Kita datang ni dia dok memanjat la, berjalan laa. main dengan kawan-kawan laaa. Tapi bila aku tengok dia baring jek kat sofa. Eh dah kenapa? Pengasuh cakap dia macam tak sihat. Hurmmmm bila aku nak bawak balik tu, tengah2 nak p Lif tu dia muntah. Banyak gler kot. Ish aku terus patah balik rumah pengasuh mintak basuhkan. Sekali lagi dia muntah depan pintu tu. sO apa lagi kene mandikan and tukar baju la. Lenjun da eh. 

Bila dalam kereta pun dia muntah lagi. Pelik jugak lah sebab pengasuh cakap dia ok jek. Sampai di rumah dia macam ok sket la. Main macam biasa kehulu ke hilir. Aku bagi dia makan macam biasa. Then masa nak mandikan tu. Bluerkkk sekali lagi dia muntah. Banyak dia muntah. Hurmmm aku dah risau nih. So malam tu pegi klinik. Doktor bagi dia ubat tahan muntah masuk ikut bontot. 

ni muka masa tengah happy happy
 VS 
masa muka tengah monyok sakit. Tak sihat. Ni la yang dia dok baring kat sofa pengasuh masa aku amik.

Malam tu dia tak nak pun minum susu. Husband pun tak bagi sangat susu. Hasil google dia tu, katanya jangan bagi susu kerap. sO kitorang kerapkan bagi air masak sahaja. Nasib baik dia minum jgk. Malam tu lepas balik dari rumah dia terus tidur. Kepenatan kot. Tapi masa tidur tu dengar dia preeekkk. Berak. Banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat. Eh cirit pulak ke?? 2x jugak la. Aku salin jek pampers dia tapi dia stil tidur kepenatan. Tak kisah nak buat apa. Kesian pulak. Esok dalam kepala memang nak ke PPUM dah. EL tu memang harus jugak laa ! 

Masa nak menunggu ke pagi tu. dalam jam 3 pagi dia muntah lagi. Banyak gler kot. Aish risau betul dah aku nih. Tak sabar nak tunggu siang. Lepas muntah dia sambung tidur. Nasib baik aku da lapik kain and tikar getah masa dia tidur tu. Memang prepared da incase dia muntah. Then esok pagi tu dia bangun macam biasa ceria. Aku siap2 kan dia untuk ke PPUM. Masa on the way nak ke klinik tu dia preeeekkkk lagi sekali. BErak lagi. Muntah dah tak. 

Picture bawah ni semua gelagat dia kat spital. Kemain lagi ajak ke sana ke sini nak main. Tak macam orang sakit. Padahal tak sihat tuh. 





sO bila dah jumpa doktor tu lega sikit hati nih. Doktor kat spital kerajaan and klinik swasta ni memanglah kita tahu perbezaan pendapat dan cara rawatan dorang. sO bila di spital ni kita akan terus direct jumpa doktor pakar kanak-kanak. Kata doktor memang Laana terkena keracunan makanan. Budak besar dia ni memang sedang fasa semua benda nak mengutip then masuk ke dalam mulut. sO ada la tu apa yang dia kutip and makan. Mungkin benda2 tu ada bakteria kan? Kata doktor lagi bayi bawah 2 tahun septutnya tidak boleh diberi ubat tahan muntah. klinik kadang-kadang begitulah. Dia akan beri sahaja. 

Anyway apa nasihat doktor sewaktu anak cirit birit, muntah, keracunan makanan and so on: 

1. Jangan bagi minum susu. (susu ni akan mempercepatkan proses untuk kita memuntahkan balik dari perut)2

2. Kerapkan beri minum air kosong supaya tak dehidrate. 

3. Beri minum ribena, orange, jus 

4. Jangan beri makanan banyak-banyak. Beri sikit-sikit supaya tak termuntah balik. 

Then last tu doktor tanya ada apa-apa nak tanya lagi? Aku tanya la. Apa tanda-tanda dehidrate?? Doktor jawab:

1. Perhatikan mata. Cengkung ke tidak?
2. Tekan hujung jari kalau lambat kemerahan dehidrate la tu. If cepat normal
3. Pegang tapak kaki. If panas dia normal. Kalau sejuk tu kurang air. 
4. Tengok dia aktif ke tidak. Sebab kalau tanda lesu and monyok bahaya

Sekian... 


Hihi..  Esok kan tu alhamdulillah baby da sihat. Rahsianya banyakkan minum air kosong sahaja. Ibu pulak terkena keracunan. Hihi dia dah bole senyummmm

Muka buyusk baru bangun tidur kene teman ibu beli makanan. 

No comments:

Post a Comment