Tabung nuffnang sayer :

Thursday, 20 April 2017

44 hari mesti harus wajib dengan bengkung tradisional dan krim panas fat2slim

Hye dah lama tak buat produk review. Kali ni nk share pada sesiapa yang nak berpantang tu boleh la kalau nak mencuba kan produk yang aku pakai nih. Sebenarnya memula aku tak terfikir pun nak pakai krim nih. Aku pernah pakai sebelum mengandung dlu sebab nak jaga badan laa. Tak mo perut ni buncit. Dah dapat berat badan cantik lepas lahirkan Laana dlu tak akan nk rosakkan balik kan?? Makanya masa dalam pantang tu nak pakai barut, aku baru teringat yang krim tu aku patut letak dekat perut sebelum pakai barut / bengkung. Sebab kalau ikutkan mak aku dia nak suruh aku letak air perahan limau + kapur. OMG !! memang aku tak sanggup la wei. Sebabnyee gatal yang amat. Merenyam rasa. Aku pernah garu sampai berdarah. Lagi-lagi orang eczema macam aku nih. Jadinye aku terus order krim fat2slim nih. Kebetulan kawan opis aku ada jual, aku order dari dia jek laaa. Senang!! 



Haa aku pakai bengkung yg mcm ni. Memang panjang smpai ke peha. Tujuan utama nk kempiskan peha and pinggul jugak. Bengkung ni aku pakai masa first pantang dulu. Masa beli produk Nona Roguy tu, aku beli skali bengkung dia. BEST sangat! Seriously snang nak pakai and rasa kemas okay. Bengkung moden sekarang tutup perut sahaja. Tapi bengkung ni smpai bawah ke pinggul. sO nk jalan pun ok laaah. Paling best dia ada 2 bahagian atas dan bwah. sO kalau kita nak buang air kecil ke apa ke, just buka ikatan di bawah. Ada 2 tali ikatan sahaja. Senang ! Ala boleh adjust laaa. Sepanjang dalam pantang aku memang pakai bengkung nih. Mak aku tak bagi buka. Nak mandi and ke bilik air shj boleh buka. Nak makan lagi laaa dia xbagi nak buka okayyyy. .

sO sebelum aku pakai bengkung nih aku letak krim fat2slim tu dulu. Krim ni bagi aku tersangat Okay. Sangat simple keje aku sebelum pakai bengkung. Tak perlu nk perah limau ke apa ke Hihi. Tak ada gatal-gatal. Krim dia wangi and tekstur sangat lembut. Cumaaaa 1 jek. Bila da lama kau pakai, haaaaaaaaaaaaaaaaaa pijar kepanasan dia menggelitik jugak laa. Tapi itu yang sedap wei !! Aku pakai nih masa memula tu keluar darah ketul-ketul. Legaaa. sO walau panas, aku proceed jugak laa sebab masa dia panas tu tak lama. Mungkin masa tu krim tu menjalankan tugas dia kan?? Dalam 30 minit macam tu jek la. Tapi kalau kita duduk tempat sejuk ok laa xpanas. Tapi kalau kita dalam keadaan atau environment tak ada angin ke panas, haaa makin panas laa rs.

Berat aku sebelum mengandung 50kg masa mengandung 63kg. Sekarang ni aku timbang berat dah 53kg. sO ada 3kg nak kene kuruskan lg. harap turunlaaa sb nj raya semua da siap. konfiden jek berat back to normal... phewww ~




krim dia ringan and sangat lembut. Lepas sapu di bahagian yang kita nak tu jangan lupa pergi basuh tangan pulak ye. Nanti pijar pulekkkk tangan korang. sO far lepas habis pantang pun boleh pakai krim nih tak kira waktu. Nak pergi keje pagi2 tu pun boleh sapu. Sebab aku memang dah consumed krim nih dari sebelum mengandung Raaniya lagi. Hihihi .. Ok la itu jek nak share. Mata dah mengantuk. Nak tidur dulu. 

Friday, 14 April 2017

Breastfeeding lebih mudah dengan adanya manual pam silikon

Aku tak tahu la masa zaman Laana dlu benda ni dah ada ke belum?? Aku panggil benda ni pam silicon. Haha sebab material dia dari silicon/ getah gittew, then memang penggunaan dia pun lebih kurang macam pam cumanya more to manual lah. Tapi bagi aku laaa ada benda ni lebih senang. Especially masa dalam pantang. Sebab masa dalam pantang baru-baru lagi dalam kurang dari 30 hari nih kita lebih suka direct feeding kepada baby newborn kita kan?? Nak pam bagai apa semua tu rasa macam malasnyeee. Lagipun pergerakan agak terbatas sedikit. 

sO selalunya kalau aku direct feeding (DF) baby aku, sebelah lagi aku letak pam silikon ni laah. Tahu-tahu jek da nak penuh aku tuang dalam botol. Bila tengok dapat jugak 3oz sebelah tu rasa nk melompat pun ada. Banyak! hihi sebab itu baru sebelah. Tapi kadang kalau tak banyak tu boleh la dapat lebih kurang 2oz macam tuh. Tapi tak kisahlaa sebabnye fasa mengumpul stok susu pun aku dah start buat sikit-sikit start hari ke-10 dalam pantang. Risau pulak kalau stok tak ckup. Since en suami dah belanja peti besar dulu masa zaman Laana kan? Tapi sayang tak smpai 5 bulan beli peti tu BF journey susu dah mula kering sebab Laana dah nak dapat adik kan?? sO aku sempat bg dia susu ibu sampai umor dia 11 bulan shj. 

Barang-barang untuk Raaniya part breastfeed memang aku pakai yang mana dah sedia ada shj. 
1. Pam (cuma 5 bulan sebelum bersalin aku sempat hantar servis)
2. cooler box - dah sedia ada 
3. milk plastic storage - sedia ada dari zaman Laana. Ada banyak. sO habiskan kotak ni dahulu kemudian baru aku akan beli yang lain
4. beg pam ke pejabat dan rumah pengasuh - dah sedia ada

Haha see banyak jimat untuk 2nd baby kan?? Aku cuma perlu tambah:
1. botol susu untuk simpan susu sementara transfer ke milk plastic storage. Itu pun beli 14 btol baru pakai 5 botol. Botol macam ni tempoh pemakaian cuma 6 bulan shj. Aku berniat nak cari botol susu dari kaca laa. senang tak perlu tukar-tukar kan??

2. Of course pam silikon yang aku bagitahu tadi. Best giler wei !! Ok tu tujuan utama aku update entri baru ni haa. 


Haa pam silikon ni lah yang aku cakap best tuh! Seriously sebelum ni rasanya aku tak tahu pun pasal benda ni. Rasanya masa Laana dlu mcm tak ada jek. Yeke?? Ke aku tak tahu?? Hurmm nevermind ! Tapi apa yang pasti aku puas hati betul pakai benda ni. Simple tak perlu nak pasang macam-macam part macam kita nak pam tu kan??? Baby newborn plak kerap df so masa dia df kiri kita letak pam silikon ni belah kanan. Begitulah sebaliknya. Sekali nengok haa hampir penuh. Bila penuh cmni standby siap-siap botol kat sebelah. Tuang jek. Then tukar kedudukan baby. Gitu lah yang aku buat. Jarang aku pam. kadang kalau rasa bengkak sangat baru aku mencarik pam elektrik aku. Hihihi . 

Ada macam-macam jenis brand untuk pam silikon nih.  Ada yang mahal ada yang murah. Aku cuma beli yang harganya murah jugak laa sebab at the first time tu, rasa mcam nak cuba jek. Tak serius pun nak pakai kan?? Kebetulan dekat Expo Baby Mid Valley ada mcm-macm brand kan? Jadinye aku start survey untuk harga yang murah sebab bila tengok material macam SAMA ! Tapi tak tahulah kalau ada perbezaan kan?? sO aku tengok di Expo masa tu ada sale untuk jenama CUTEBY. RM19.90 shj. Tanpa banyak songeh aku terus grab 1. Kalau tahu murah aku grab 2 3 bijik. Hihi. Ada juga beberapa brand lain yg aku nengok masa tu macam Hakka . Agak mahal. Mungkin elok kot. Mungkin. Terpulang kepada individu. Nak memilih brand apa kan?? 



Lepas dah isi dalam botol tu, aku pun isi dalam plastik susu la macam biasa. Hihihi.. Tengoklaah perkakas perang nih. Semua ni aku korek balik hasil simpanan masa Laana dulu. Jimat banyak kan? hihi. 


cooler box nih aku pakai kalau nk bawa susu untuk ke sesuatu tempat mcm nk balik kampung. Memang senang nak manage

Untuk ke pejabat pulak aku lebih selesa pakai beg susu Gabag. Boleh tahan lebih 8jam. Trendy pun trendy. 

Hasil simpanan stock susu untuk 20 hari dalam pantang hihi. Aku start buat stok masa hari ke 10 dalam pantang kan? Harini dah hari ke - 30. Harap-harap BF journey kali ni sampailah genap 2 tahun.
Inshaa Allah ^_^


Semoga aku tak putus asa ! 
chaiyok !!! 



Thursday, 13 April 2017

Seriously ... Every girls need this >> KATE VANITY MIRROR

Sebenarnya aku dah berangan lama dah nak pakai cermin make up ala-ala kate vanity mirror atau lebih senang dipanggil KVM la yerrr... terbelit-belit lidah aku nak menyebut nama omputeh tuh haaa. Hajat nak memakai cermin tu dah lama tapi aku pendam la dulu sebabnya nak menunggu rumah baru siap kan?? Banyak pulak nak beli perabot baru sekali itu yang menunggu dan menunggu. Nak hias rumah ni kita tak perlu gopoh-gopoh pun. Cool ... rileksss.. haha hurmmm kene cool la mcm se'cool' aku menunggu kunci rumah yang masih belum ada apa-apa khabar berita. Hurmm sO kita tunggu jek laaa khabar gembira dari pemaju tu iyee?? 

Seriously KVM ni bukan meja + cermin make up yang biasa-biasa yeeee. KVM ni cermin make up yang ada lampu tepi tepi tu. Dekat bingkai cermin. Memang nampak and senang gler kalau kita nak bersiap, especially kalau nak make up. Kenkadang kalau nak pakai make up jenuh laa p cari bawah cahaya lampu kennn??? Hahaha aku rasa semua perempuan pun sama. Senang nak nampak macam-macam dengan jelas kalau nak bersiap tu. Itu la serba sedikit pengenalan mengenai KVM. Kalau korang tak dapat imagine camne bentuk cermin tu, nengok jek gambar yang aku amik dari facebook and google ni yeee. 

menarik tak meja solek mcm ni???? Lagi-lagi kalau kaki make up macam aku nih.. 





Mana nak cari KVM ni??? Haaaa actually aku pun pernah tertanya-tanya mana laa nak cari kan cermin nih??? Macam susah jek?? Tak yah susah-susah. Sekarang ni kan zaman online jek semua. sO Boleh order jek direct dengan Make Up Murah by Naomie / Naomie Licouz . Ni link facebook beliau. Seriously masa aku masuk page FB dia, perggghhhh teruja gler nengok macam-macam jenis size and warna beb KVM yang dia jual. Range price pun not bad jugak tapi better korang pm dia sendiri. Bole beli cermin sahaja or kalau nak pakej dengan meja solek pn bole. Tapi macam aku ruang bilik yang agak terhad, aku berfikiran nak cermin sahaja. Then lain-lain aksesori tu aku beli rak yang tak akan makan ruang. Hurmmm begitulaah kalau rumah kecik kan?? Master bedroom pn kecik sajoooo. sO korang cmne?? mengidam jgk ke idokkkk ????  

Haaa kat bawah ni aku sertakan sikit picture-picture KVM dari page Make up murah by Naomi  and ehsan encik Google





Best kan kalau ada KVM nih?? Hurmmm so ni adalah antara whistlist aku untuk tahun ni jugak. so Far kalau colour feveret aku untuk bilik utama of course laaaa kaler putih kan?? Memang aku suka perabot-perabot warna putih nih. Aku dah siap lakar and pikir dah pun apa yang nak di letak dalam bilik tidur utama aku kat rumah Shah Alam nanti. Hurmmm berangan tak salah kan?? Tak mengharap sangat kunci akan dapat dalam masa singkat ni since aku pun ngah dalam pantang lagi kan??? Buat semak kepala jek nak memikir macam-macam. Cumanya bila da macam ni aku mula la stat berangan pasal nk hias-hias rumah kan? Especially bilik utama tu nanti.  Tak adalah besar sangat, tapi bolehhh laaaaa. Banyak sangat  berangan nih ! huhu risau tak ter'achive' jek hahahahahahaa. Besau nau impian kan?? Besar impian besar jgk ongkosss nye $ $ $ $ $ $...

sO dekat bilik tidur utama tu keluasannya cuma 13 kaki X 9 Kaki. Kecik juga tapi nak buat mcm mn?? Terima sajoooo. .

Dari pintu masuk 
dari dalam bilik menghadap ke bilik air

Huhu so aku semangat siap lakar layout dalam bilik tu risau2 takut tak muat ke barang-barang nk dibawa masuk sebab mostly semua barang and perabot tu ada je di rumah sewa sekarang. Kene ukur ler. cumanye bila da ada 2 baby ni katil queen pn tak muat lagi. AKu fikir nak tambah katil and gabung jadi 2. Tapi memang tak muat laa so aku hanya akan gabung queen + super single shj yg memang ada kt rumah. Dah ukur jugak tetap muat.. ngeh ngeh.. so gambar untuk katil pun idea hasil dari menggodek google leeee. Terpaksa la simpan contoh supaya encik suami tak cakap aku punya idea ni pelik-pelik. Orang lelaki apa tahu??? Huh ..




haha abaikan lakaran yg comot ni. yg penting bole nmpk kt mn aku nk letak perabot yeeee
korang nampak ke idak???
nampak ke idokk???
O_o
Hah macam mn?? Hahaha so kat meja solek tu tak bole la ruang yang besar. Benda wajib seharusnya ada KVM (mirror shj)  dan rak simple yang boleh dapat dekat di Ikea of course. Hurmmm aku ada usha da sebelum ni. Hahaha gigih kan?? Cuma picture yang aku godek untuk simpanan ni tak ada laa cermin ala KVM tuh. Cuma nk cari rak untuk jadi simpanan make up mcm tuh. Simple kan???



Dalam banyak-banyak KVM tuh aku berkenan hat nih. Kecik pun kecik. Tak ada kecik sangat. Then ada rak tepi hihi. Harga pun not bad. Ish senang cite korang pegi lah PM sendiri ke page

cun kan?? 



Tapi sebenarnya apa keperluan yang perlu ada pada sesebuah Vanity Table and mirror ni adalah :

1. Selesa untuk kita menghias diri. Space kecil tak apa asalkan tak semak. Cermin kecil comel pun     tak apa jugak. Tapi tak naak la kecik sangat kan???
2. Ada cermin dan lighting yang baik.
3. Ada rak / meja yang boleh kita letak all together peralatan make up. Make up perempuan. Faham-fahamlaah memang banyak kottt.
4. Ada kerusi comel. Sebab aku suka make up sambil duduk.
5. Ruang udara/ angin haha sebab kalau make up ni kita rasa panas jadi bila berpeluh make up pun tak jadi sebab peluh-peluh membuatkan make up jadi tak cantik.
6. Bole make up ala ala 'diva'. *acah jek*

Okey laah da puas berangan. sebelum habis cerita bab berangan. Aku share bilik di rumah sewa aku sekarang. Memang tak lengkap pun lagi. Tunggu la kalau dah di rumah baru nanti baru aku nak cantik-cantikkan bilik tu. Sekarang semangat tu agak tak optimum lagi. Meh layan gambar before. Hahahaha.. Gambar after menyusul selepas di rumah baru. Hahahaha poyo tak??







Haha malu nak menunjuk meja solek sekarang. Ala kadar jek laaa. Asalkan boleh touch up sesikit. Hurmmm so tunggu la da ada KVM sendiri nanti yeee

Tv pun dari zaman belajar smpai bawa ke rumah sewa zaman bujang and now da kawin anak 2. Masih elok lg weiiiii.. Hihihi sayang nak buang. Kenapa nak buang kalau masih elok kan???

Hihi panjang lebar bercerita. Beria betul and semangat kan?? Haaa untuk pengetahuan korang, sebenarnya page facebook Make up Murah by Naomi ada menganjurkan 1 contest. Iaitu contest Kate Vanity Mirror nih. Itu yang semangat betul aku bercerita. Nak nak memang kene dengan benda yang aku memang dok survey. kebetulan kot dan harap-harap kebetulan ni pun boleh menang. Hihi ..


CONTEST SAYA NAK MENANG KATE VANITY MIRROR 

sO bagi yang nak cuba join contest ni. Meh aku tempek syarat-syarat. Korang baca sendiri ye. Nak join and cuba-cuba rezeki pun boleh. Mana tahu boleh menang hadiah tu. Kalau korang menang and tak nak hadiah tu, boleh bagi aku hik hik. Oh cepat tau! sebab lagi 2 hari contest ni tamat.

SYARAT2:
1.Memiliki blog peribadi dan social media akaun yang aktif.
2. Tulis satu artikal MENARIK tentang KVM. Karang sekreatif yang mungkin. Pastikan letak link facebook : Makeup Murah by Naomie disertakan.
3.share di social media dan tag 2 rakan ada. sertakan #katevanitymirror  #makeupmurahbynaomie


Ok lah. nanti kita sambung cite lain pulak ye. Hurmm duduk berpantang kat rumah ni bahaya jugak pasai nyeee banyak duit mengalir shopping online. Bukan shopping apa. Shopping barang-barang make up jugak. Haish susah kalau dah suka sngat tengok barang-barang make up nih kan?? 

Thursday, 6 April 2017

Progress rumah 80%: Bila nak dapat KUNCI RUMAH nihhhhh ????? -_-

Haish... aku macam biasa masih setia menanti rumah yang entah bila laa pemaju nak bagi kunci rumah nih haaa. Entah laa. Dari sebulan ke sebulan menunggu. Hadoiii smpai ke naik muak dah. Huhu sedih pun ada sebab aku ingatkan dapatlah kunci rumah ni sebelum aku cuti bersalin ke? sebelum bersalin la kiranya. sO lepas cuti bersalin 3 bulan tu boleh lah kitorang msuk. Memanglaaa kalau ikutkn seelok-eloknya kita perlu duduk rumah di kawasan perumahan yang baru masa orang da mula ramai. Tapi aku rasa tempoh masa 3 - 4 bulan tu orang da mula ramai kan???? Area situ pun boleh tahan harganya, tak akan laa tak ada orang nak duduk. Aku bayar sebulan pun mostly dalam RM1600.00 sebulan. sO ko ghase ada ke orang nak biarkan rumah dorang tak diduduki?? 


Kalau tengok dari segi rumah tu memang dah completed 100%. Tapi bila call developer cakap tunggu CF. yess aku tahu memang lama nak dapatkan kelulusan CF. Tapi rasanya ni dah masuk 5 bulan dah katanya dok tunggu CF. Hurmmmm.. Gamnbar rumah yang latest ni pun encik suami yang snapkan. Dia rajin laaa pergi melawat ke tapaknye. Hihihi aku cuma nengok kadang-kadang. Lepas ni banyak lagi nak diselesaikan. Hadoiii tapi kami cuba la siapkan apa yang patut dlu sambil-sambil tu. Sekarang ni terpaksalaa bayar 2 rumah. Rumah sewa pun RM500, rumah ni RM1600. Dua rumah dah RM2100.

Masuk hari ni dah 210 hari dah pemaju lambat bagi kunci kepada aku. Aku ada cerita pada entri sebelum2 ni macm mana pengiraan KPKT bagi pemaju yang lmbat bagi kunci kepada pemilik rumah mengikut perjanjian di dalam SnP. Cara kiraan penalti kepad pemaju lewat serah kunci

so Sekiranya 1 hari RM86 jumlah perlu dibayar pemaju kepada aku, hari ini dah hari ke 210 lewat. sO RM86 X 210 hari = RM18,060.00 !!! Wow ! Banyak tak? Tapi ada ke pemaju yang honestly nak bagi RM18K sedebuk pada aku? Hurmmm macam tak boleh nak pecaya tak apa tapi sekurang-kurangnya kita tahu berapa banyak paras kita patut dapat. Sekiranya pemaju bagi ganti rugi RM10k pun aku dah boleh terima and berpuas hati. Kalau pemaju bagi RM1k tu sangat melampau la kan? 






Rumah kecil sahaja. Besar keseluruhan dalam 1500 sqt shj. Jadilaaaa..  CUkuplaah untuk keluarga kecil ku yang dah makin bertambah ahlinye. Hihihi dah berempat kami tahun nih. Banyak duit nak dipakai untuk tahun ni. Inshaa Allah ada rezeki baby baru. Duduk di KL ni paham-pahamlaa. Kene banyak berjimat-cermat. Untuk rumah baru ni kitorang tak renovate pun. Duduk dulu and buat mana yang penting. Slow-slow dah buat sikit. 

Checklist rumah baru. 

Antara yang kami dah selesaikan dulu. Mana yang boleh laa kan??

1. Kipas siling (3bilah) (4 biji) - RM 790 : Done 
2. Kipas dinding (2 biji) - RM440 : Done 
3.Lampu hiasan  (2 biji + mentol LED) RM250 : Done
4. Lampu LED 1 rumah (10 biji) RM238 : Done
5. Grill + awning dapur RM3500 : Done deposit (RM1800)
6. Langsir (kain + Upah) RM1150 (yeay ! Langsir dah siap !!!) 
7. Plastik wrap perabot + selotep + kotak (beli di GM Klang) RM100 : Done

Balance yang masih belum selesai: 

1. Lori pindah (belum lagi pilih nak yang mana?? Tapi range harga dah survey. Antara RM600 - RM700 dengan orang sekali 

2. Rod kayu and rail untuk langsir. Yang ni aku bajet mesti habis dalam RM250. Tukang drill kawan adik aku sendiri..

3. Buka, pasang and servis aircond. Yang ni aku dah survey. Cuma nak tunggu masa jek, then aku akan panggil orang ni. Range harga dalam RM500 

4. Wiring untuk lampu + kipas ni serta kos untuk tambah plug aku akan minta tolong kawan adik aku shj. 


Itu sahaja yang dalam pemikiran kami ketika ini. Nak pasang table top, motor pagar elektrik and lain-lain tu aku ingat bila ada duit lebih tu boleh laa buat. Sebabnye aku nak beli almari baju lagi. Hahaha banyak juga nak spent ke almari sebab almari aku yang sekarang ni dah dimakan anai-anai. sob sob .... rasa nak menangis oi! Rugi duit okey... Okey la tunggu lah feedback dari aku bila da dapat kunci rumah ye?? Buat masa ni kita bersabar sambil berdoa lah dulu yeee. I is redhooooo . 

Wednesday, 29 March 2017

Pneumococcal (Booster) untuk Laana dan persiapan vaksin pnuemococcal untuk Raaniya pula

Sebenarnya lupa nak update pasal vaksin terakhir yang Laana amik untuk Pneumococcal (booster). Vaksin yang ke-4 dan yang terakhirlah kiranya nih. Alhamdulillah sempat completed pun vaksin yang aku kira sangat-sangat penting buat masa ni. Bila kita lihat persekitaran dan cuaca yang kadang-kadang tak menentu sekarang ni, rasanya ibu bapa sekarang wajar ambil vaksin ni kepada anak-anak untuk mengelak dari pelbagai penyakit. Antaranya jangkitan radang paru-paru, saraf otak, telinga, dan darah. 

sO untuk pengalaman pertama dapatkan vaksin ni boleh la rujuk pada entri lama aku di Laana's 1st Jab dan Laana's 2nd Jab. 3rd  Jab aku tak sempat nak update jugekkkk. Fuh lap peluh! lepas ni tak boleh skip menaip lagi. sO boleh la refer dua entri aku tuh bagi sesiapa yang nak dapatkan info serba sedikit pasal vaksin pneumococcal nih. Untuk last jab yang dipanggil booster tuh, kitorang cuba dapatkan Dr. Siti di KMC Kuantan, tapi Dr. Siti bercuti seminggu. Jadinye kami dapatkan juga vaksin tu dari Dr. lain. Hurmm tak tahu pulak harga setiap Dr. ni dicaj berbeza-beza. Lap peluh bila tengok bil akhir tu RM450.00 !!! huhu redha jek laaaaa asalkn baby sihat.

menunggu turn untuk jmpa Doktor




Kali ni persiapan untuk 2nd baby pulak, Raaniya. Kalau pada pengalaman Laana sebelum ni, aku start dapatkan vaksin untuk Laana masa umor dia 3 bulan lebih. Mungkin Raaniya kami akan cuba dapatkan masa dia 4 bulan or lepas raya la kan??? Bergantung kepada masa yang free laa sebab kalau boleh aku nak dapatkan vaksin dengan Dr. Siti jugak. Ngeh ngeh ngeh... 

sO start dari sekarang da boleh la menabung untuk vaksin pneumococcal Raaniya. Untuk first Jab selalunye dalam range harga RM250 - RM300 bergantung kepada jenis vaksin laa. Ada 4 jab semuanya dan untuk jab 1, 2 dan 3 selang 2 bulan sekali. Untuk Booster sahaja masa baby dah cecah umur  1tahun ke atas. simple kan?? sO marilah menabung hihi... 

Tuesday, 28 March 2017

Tips kening cantik semulajadi

Actually tips ni tak tahulah betul ke idak or sekadar kebetulan. Entoh laaa. aku pun tak berapa pasti tapi dari segi pemerhatian aku, memang kening adik beradik perempuan aku and anak pertama aku kening semua cantik and terbentuk. Tipsnye aku dapat dari mak aku sendiri. Dia lukis kening kami sume since hari ke-3 dan dalam pantang tu memang dia akan topup la celak / eyebrow kat kening kami. Hasilnye memang menjadi la. Aku ingatkan memain jek la kan??? Hahaha sekali macam menjadi pulak pada anak sulung aku, Laana. 

Kalau masa sekolah dulu kami 3 beradik perempuan ni selalu sangat kene panggil dengan cikgu disiplin. Katanya kami ni cukur kening laaa, lukis kening p sekolah laaa. Hurmmm naik turun bilik disiplin tu memang selalu sangat dah. Penat nk explain pada cikgu-cikgu especially klw cikgu baru ke or cikgu yang tak familiar dengan kita. Every year kan kita akan jumpa cikgu yang lain-lain ikut subjek yang cikgu ajar kan?? Haaa kadang lepas abis dia mengajor, mesti dia akan cakap " Ikut saya naik ke bilik guru sekejap" Sendu sekejap. 

kalau perhati betul-betul kening Raaniya tu bukan natural ye. Bukan lahir-lahir terbentuk begitu. Huhu tu sebenarnya dilukis. Lagi bagus kalau ada celak mekah tu lagi bagus. Tapi nak dapat kat sini susah kan? so aku pakai jek la yang Maybelline

Ni pulak keningnye Laana masa dalam pantang dulu-dulu. Memang jadi bahan untuk dilukis. Hihihihi Tak perlu laa hari-hari lukis sebab selalunya sekali lukis, dalam 4 5 hari juga baru hilang. Then lukis balik. Lepas habis pantang tak yah lukis dah pun tak apa. Masa dalam pantang jek baru-baru lagi kan?? Sat gi nak buat sampai ke dia besar jenuh la pulak. 




Then sekarang kening Laana dah terbentuk cantik. Hihi magic jugak laaaa aku nengok pun rasa teruja. Jadi sesiapa yang rasa tips ni betul and nak cuba bole cuba sebab mak aku memang buat dari zaman aku kecil lagi then kemudian 2 adik perempuan aku sekali. 

Dah besar Laana ibu rupanyaaaa ...
Ni pulak kening aku and adik-adik. Gambar masa dewasa jek laa haha sebabnye mak tak simpan pun gambar-gambar masa baby. Tak adalah seperti kita dulu-dulu boleh amik gmbr macam-macam style and bila-bila masa kan?? Orang dulu-dulu dah segak and lawa-lawa baru amik gambar.
Kami tak pernah cukur and lukis pun aih. Bole la cuba tips ni naaa hihi kt anak gegurl .





Saturday, 25 March 2017

Laana's passion: make up .. handbeg & high heels

Tup tap tup tap dah masuk 1 tahun 7 bulan Laana ibu. Hihihi tapi sebabkan dia kecik molek jek orangnyee, jadi tak nampak pun macam dah 1 tahun lebih. Dah jadi kakak pun Laana. Macam da besar kan?? Tapi dah nama pun perempuan, kegemaran Laana ni memang dah boleh nampak dari dia 1 tahun lagi. Hahahahaha aku sendiri pun tak perasan dia suka sangat dengan alat make up. Setiap pagi aku makeup dekat surau jek sebab tak sempat nak makeup dekat rumah. sO dia perhati jek laa aku dok make up sebab we all akan smpai di opis around 7.45 pagi mcm tuh. Masa tu dah ramai orang kat opis. Langit pun da cerah pun. Sekarang ni kalau sesiapa yang tengah ber 'makeup' haaa mula la dia mai dekat. sebok nak cuba sekali. Hadoiii. Haha siap tahu cara nak pakai compact powder + gincu okeyyy.. 

2nd dia ckup minat dengan handbeg and apa-apa jenis beg la. Beg kertas pun jadik laaaa. Haha pantang nampak beg dia gantung kat bahu. Hihihi.. Balik berpantang aritu, untie dia bagi handbeg yang cun cun dengan tbuh badan dia. Haa memang suka la diaaa. Tak padan dengan budak kecik. Lagi satu pantang betul nampak high heels. Habis high heels untie dia and aku dicubanya. Hahaha aku tak tahulah meniru perangai sape. Nasib baik ko minat barang-barang perempuan cenggini nak !! Jangan minat lori, robot, superman, batman udah leeeerrrrr...