Tabung nuffnang sayer :

Friday 28 December 2012

perkara terindah 2012

Hye k0rang... dah tido ke belum?? aku tak tahu kenapalah malam ni mata susah sikit nak lelap. sO disbabkan aku still tak mengantOk, jadinya aku capai lappy dan blogwalking + update entri baru lagi. Hurmmmm rasanya dah lama aku tak buat aktiviti macam ni. Mana aku  ada masa nak bersenang-senang depan lappy cmni (meniarap atas bantal smbil tangan taip entri) .. 

actually memang life aku agak busy sikit. well sedar tak sedar, bgn pagi ke kerja, balik lwt terus mandi rest and tidor, rupanya dah nak masuk tahun 2013 !!! Omg.. omg.. omg!!! WHAT ?? dah nak masuk 2013 ??? Sedar tak sedar jugak cuma tinggal 2 hari sj lagi kita semua akan ke tahun 2013 .. Ya ALLAH moga kau berkati perjalanan aku pada tahun 2013 pula. huhuhuhu. 

sO bercerita pasal tahun 2013 ni, tahun 2012 jangan di lupakan.. Bagi aku, azam tahun 2012 aku terlaksana. Pendek kata setiap azam aku, alhamdulillah di perkenankan ALLAH ^_^ .. Terima kasih ALLAH, Syukur alhamdulillah. Sebenarnya macmana nak make sure azam kita terlaksana, janganlah kita berazam benda-benda yang merepek dan sukar di capai. Apa perkara terindah / azam 2012 aku ?? jeng jeng jeng .... 

sebenarnya, aku berazam 2012 ni aku mintak ALLAH pertemukan aku dengan seseorang yang sangat baik, jujur, sentiasa buat aku yakin dia bkn macam lelaki lain. Pendek kata dia lah LELAKI yang aku tunggu selama ini. Ahaks.. gedik plak tiba-tiba.. 

Alhamdulillah, Allah perkenankan doa aku. Hik hik hik.. februari 2012, kitorang couple and start belajar tentang diri masing-masing.




Hehehe dia lah MR. perfect aku. Alhamdulillah, masuk harini, dah hampir 10 bulan kami couple dan 2 thn aku kenal dia. ^_^ . Sekarang we all sedang kumpul duit untuk ke alam seterusnya. Masya ALLAH moga-moga ALLAH permudahkan perjalanan niat baik kami...

Oke.. oke.. da lwat malam ni, Jom tidor..



Saturday 24 November 2012

MAHA 2013

Hyee hyee.. Korang semua ada pegi melawat MAHA tak?? MAHA sume orang should familiar right?? Expo tentang Agriculture Asas Tani Pertanian & Nelayan. Kat mana?? Op cos la MAEPS Serdang. Haaa klw korang nak tahu. Awal-awal pagi lagi aku dah bangun siap2 untuk ke sana. Sebenarnya aku tak pernah pun jejak kaki smpai kt sn. Tak ada keje yang aku nak smpai ke area sn. Memang takut sesatlah kan? Tapi nasib CIK GARMIN selalu je ada mn sy pergi. Thanks AYah sebab hadiahkn aku GARMIN . Dah 2thn Garmin ni still setia temani aku. 

Oh balik pada cerita asal. Aku bangun seawal 6.30 pagi siap-siap untuk ke MAHA. Kenapa awal sangat???? Op cos la sebab aku kene jaga booth di sanaaaaa.. So memang pkul 8.30 pg we all da smpai. AKu dengan partner opis mate aku la mencari jalan tergapai-gapai. Maklumlah dua dua memang tak tahu jalan kesan. Tapi alhamdulillah berbekalkan GARMIN, akhirnya jumpa jugak. Perjalanan selama 1jam tu dari Kelana Jaya je pun ke MAEPS . lols... Habis sume tol kitorang redah.. Wuuu sedih2.. 


sampai pagi-pagi tu terus posing sat.
Alhamdulillah... dah boleh amik gambar dengan happy sekarang.
Hehehe klw dlu asyik takut GEMOK !!!

Jaga je ^_^


Jalan-jalan jap otw nk balik tu hehehe..
Ah baru selesa pakai seluar yang kecik bawah ni ^_^ hehe.. 
HAPPY !!!

melawat jenis buah-buahan

Orkid time



gamat 

cempedak. Ouh klw dapat mkn cempedak goreng celup tepung.. 


Antara benda yang dapat sambutan pengujung

Ada penyu


Last skali masa nak balik. Kami lupa mana letak kereta??? ehee pusing2 naik turun bukit. 
last2 naik bukit and cari kete dari atas. Ooo okeh da nmpk . hehehehe lawak!



Ha jomlah pakat2 datang MAHA ni.
bermula 23 November - 2Disember 2013 tak silap
^_^

Meriah sgt.. ramai orang . 




Monday 19 November 2012

Istanbul aku datang

ISTANBUL AKU DATANG ??? 


Oh so sweet !! 


Tu je yang aku mampu cakap. Cerita ni sangat sweet Okeh ! Hehehe maap la, lmbt sgt nak update pasal movie review. Busy sesangat sekarang, itu yang tak ada masa nak bersosial di laman blog ni. Kalau ada masa update blog pun, for sure la aku update pasal HErbalife. Tapi semalam sempat jgk aku update sikit pasal zero to hero program kat Gambang waterpark ! Tapi tu pun sempat part 1 punye cerita. Janji nak sambung . Tapi malam sketttttttttttttttttt aku kembali update ye ? hehehehe memang tak sabar nak cerita macam-macam apa yang terjadi kat zero to hero tu !! 


Ehhh tapi entri yang ni aku nak story mory pasal HOT MOVIE yang aku baru tonton kat cinema baru2 ni. Haa cerita ni pun aku tengok da lewat, Khamis lepas aku tengok, sebabnye BUSY . Busy lagi !! apa yang di busy sangat ni?? Op course lah busy dengan personal life, kerja and Herbalife !! sO baru arini aku ada masa nak cerita yang aku sangat SUKA movie ni. Best gler !! sweet gler!! Simple and comel !! Rasa nak tgk je lagi beb wa cakap sama lu !! seyes tak tipu !!!

Cerita ni memang sangat simple, sempoi, tempat pun menarik2 kat Istanbul, pelakon2 yang cute miut sume termasuk LISA SURIHANI .. Tahu x?? Aku minat gler sama dia. Memang sepanjang cerita ni, Lisa sangat.. sangat... sangattttttttttttttt cute !! Comel weh. Untung Yusri KRU..

Permulaan cerita ni pun da best. Rasa terharu sangat dengan pengorbanan seorang gadis sanggup nak datang Istanbul semata-mata nak jumpa boyfriend (BF) dia si TOMOK ni. Dorang kenal since school lgi. After that, Tomok terpaksa belajar in medic kat Istanbul for 6 years. Jadi, Lisa ni tak sabar nak Tomok ni approach dia sebagan tunang. sO bersusah payah dia ke Istanbul ni mencari buah hati dia. But so sad, first..first sampai lagi Tomok ni cam sikit pun tak kisah kan Lisa, sampai barang-barang pun Lisa terpaksa angkut dari bawah. OMG BF jenis apa ni???

Hehhee untuk selanjutnya korang kenela datang tengok tw sebelum cerita ni da tak ada di CINEMA. Cerita ni nampak happy, tapi sebenarnya ada part sad sgt2.. Apa korang rasa bila korang percaya sgt2 kt BF korang, Then korang dpat tahu dia ada GF lain ??? Korang sanggup bersusah payah datang dari jauh, tapi tak di hiraukan??? Korang d maki hamun BF korang tuduh macam2 sedangkan korang tak buat, malah BF korang yang buat ??? Haaaa itu yang terjadi dalam cerita ISTANBUL AKU DATANG ni. Dalam cerita ni ada 2 lelaki sO nanti korang tahu la siapa yang Lisa akan pilih.

Heheheh tengokla k . Aku kasi 9 suku bintang untuk cerita ni daripada 10 ^_^


order Herbalife contact me 017 9339092
BBM 29E1D778

Wednesday 14 November 2012

Beutskin Essence produk paling laris !!!



Hye nak cerita, aku sebenarnya sebelum ni pengguna Beautskin Essence ni. Dah dekat 3 bulan pakai. So far, walaupun kita pakai pencuci muka and so on, tapi sebenarnya kita jugak perlukan kecantikkan dalaman. sO fungsi UTAMA BE ni adalah :


1. Memutihkan
2. Kecerahan Kulit
3. Memperbaiki Gen
4. Metabolik
5. Anti-Pengoksidaan

KESAN-KESAN SELEPAS PENGGUNAAN BEUTSKIN ESSENCE 
3 hari :
Menstabilkan fungsi hati dan buah pinggang, kadar peneutralan toksin dalam badan meningkat dengan nyata sekali, kekangan kapilari darah meningkat, hemoglobin meningkat dengan nyata, ketidakseimbangan ’qi’ dan darah dapat diperbaiki dan memulihkan daya.

10 hari : 
Keadaan fizikal bertambah baik, sebahagian toksin dalam hati, buah pinggang dan darah dapat disingkirkan, keupayaan anti-pengoksidaan dalam badan meningkat, kapilari darah menjadi lebih lembut, memulihkan dan meningkatkan kekenyalan dinding darah pada masa yang sama menyelaras fungsi ovari.

30 hari :
Toksin pada organ dalaman badan dapat disingkirkan lalu dipenuhi dengan bekalan nutrien yang diperlukan, keupayaan baik-diri kulit dipulihkan dan ditingkatkan, fungsi peredaran mikro pada kulit diselaraskan secara efektif.

60 hari :
Meningkatkan liang-diri kulit, keupayaan daya penahanan kulit meningkat, fungsi endokrin bertambah baik dan teratur, perubahan daripada kulit yang berwarna kuning gelap kepada kulit cerah berseri-seri.

90 hari: 
Lebihan lipofusin dan radikal bebas dalam badan disingkirkan, sel-sel menjadi aktif dan keanjalan kulit dipulihkan lalu mengembalikan wajah yang cantik dan kelihatan muda.
Penggunaan jangka masa panjang :
Metabolisme badan berada dalam keadaan peredaran yang baik, kulit menjadi lembut, licin, sihat, cerah, cantik dan sempurna.
TESTIMONI :
Lisa Surihani pun pengguna BE
TESTIMONI SENDIRI


To order just pm or add my fesbuk
mescya azmi 



017 9339092

Harga 1 kotak Beautskin adalah 
RM240 (including postage)
RM206 utk kotak kedua dan seterusnya (automatik menjadi ahli) ^_^ 



Tuesday 6 November 2012

recording + SHooting !!!!

Pagi tadi aku sempat promote pasal Herbalife sat kan?? Hehehe sorry la sebab lately mmg busy sgt sampai tak ada masa nk update any news. Sampaikan ada customer yang msj kt hp tanyakan pasal Herbalife je! Good !! hehe.. Hurmm sO nak tahu kenapa aku busy sesangat kan?? Actually kebetulan time tu, aku busy dengan recording and macam-macam program yang opis aku anjurkan. Haaa aku siap kene buat recording lagu. Alahh bukan lagu apa pun, just barukan lagu PRODUKTIVITI balik. Tu pn nyanyi part chorus. Penyanyi utama kami Atilia and mamanya, Salamiah Hassan ^_^ . Tapi memang pengalaman baru bagi aku ^_^  Kitorang record lagu haritu kat studio abang hadi (carefree) Hehehe.. Like la page beliau yee. Jom layan gmbr2 lucu kami

makan2 sebelum mulakan recording

 Nervous


Serious !!

Yeay !! TAMAT .. hehe lega. Korang tahu? recording ni start jam 12 tghri jam 5petang baru selesai.. ^_^
hehehehhee gua serik !!

Haa lepas part recording tu we all kene shooting plak for this video clip. J0m layan gakkksss




TAMAT ..


Tuesday 19 June 2012

Back tO schOol at PICC Putrajaya ?





Wah pagi ni aku tersangatlah busy. Pagi-pagi lagi we all ada morning prayer 8.10 - 9.00 pg . Huhuhu Then, jam 10.00 pg meeting dengan MACRI untuk buku inovator. Then tenghari bergegas ke PICC, Putrajaya untuk program PEMUDAH prizes back to school. Kiranya program ni untuk budak-budak skolah yang berjaya mencipta beberapa cadangan untuk pembaikkan masa akan datang. Comel-comel cadangan they all semua tau.. tak caye? SKROLL la ke bawah. Tapi sikit je la yee sbb penat nk upload semua..

Ohh prizes tadi sure la di beri by KSN Tan Sri Sidek ^_^






Ni budak-budak koir yang comel 

 Oh yang last ni pic kami.
Publication unit ^_^



Friday 15 June 2012

What gOes arOund Comes AroUnd ??

"what Goes Around Comes Around ?? "

Aku pasti semua orang tahu apa maksud ayat omputeh tu kan? Maksudnya, Setiap apa yang kita lakukan, tak kira baik atau buruk, pasti ada akibatnya. Lebih kurang hukum Karma. Buat baik, dibalas baik. Kalau buat jahat tu paham-paham sendiri lah yeeeee. Namun tak semua manusia ni tahu istilah tu. Kalau semua orang tahu, tak adalah penjahat dalam dunia kita sekarang ye dak? Bersepah lagi adalah sekarang. sO beware !!
 Aku cuma tercuit nak post entri pasal benda alah ni sebabnya, One of my friend ni telah di timpa musibah. Aku dapat khabar berita yang dia kemalangan dan mengalami kecederaan yang agak teruk. Patah tangan dan gigi. Luka-luka di kaki. Jatuh motor biasalah luka-luka macam tu kan. Tapi .... walaupun muka aku cool dan tenang masa dengar berita tu, namun dalam hati aku sebenarnya terkejut gak. Huish ! ini hukum karma atau fate dia memang akan kemalangan that day?? Allahualam... ALLAH je maha mengetahui. 
 Nak dipendekkan cerita, aku bukan terkejut sebab sedih and risau dia kemalangan. Tapi aku cuma rasa terkejut, rupanya ALLAH ni maha besar sangat. Masya ALLAH !!! Kisah-kisah lepas tu aku tak mahu ceritalah. Cuma, aku pernah berpesan pada dia, kalau dia buat aku macam ni 7 bln lepas, aku maafkan dia. Aku berserah pada ALLAH. Setiap perbuatan ALLAH akan balas. Tup-tup memang dah jadi. Kuasa ALLAH. 
 Pengajarannya, janganlah menganiaya kawan-kawan kita. Sebab Setiap perbuatan kita memang ALLAH balas cash sekarang! sO renung-renungkan yeeee ^_^

Thursday 14 June 2012

Korean Clothes !! (Limited Edition Only)

Hye.. sebenarnya aku bukan penjual baju. Aku cuma penulis blog jewwww.. Tapi di sebabkan kawan aku ada buka butik, sO aku berkenan 2 helai baju ni. Aku ingatkan harganya mahal. Tup-tup katanya xlebih RM35.00 pun !!!! Wah, sO ada la baju-baju tu yang aku suka. Tapi satu aku dah rembat baik punyer. Harganya baru RM35.00 shj. ^_^ Nanti lah aku uplOad pic baju tu sebabnya tertinggal dalam kereta adik aku ! Then antara baju yang aku nak tapi di sebabkan dah sama pattern, sO aku pendamkan je. XmO beli !
Tapi ni limited editiOn jew. Katanya 1 baju ada 1 design je di kedainya. sO sape-sape yang berminat untuk beli baju di bawah ni bOleh je drOp komen. Tak mahal pun. Baju pun di order dari seberang sana nunnnn... 


 CODE (001)
Colour: Black(SOLD OUT), White (SOLD OUT) , Red (STILL AVAILABLE)
Fabric :Chiffon
Size: Free size (S-M) 
Price: RM35.00 (including postage)




 CODE (002)
Colour: Leopard Black (STILL AVAILABLE)
Fabric :Chiffon
Size: Free size (S-M) L also can
Price: RM40.00 (including postage)


Drop ur komen or email if interested. 
I'll reply a.s.a.p ^_^


Wednesday 13 June 2012

Bedak Cosway Miyami pilihan aku !!

Haaaa harini ada orang tanya aku apa bedak aku pakai selalunya? Dah memang sah-sah aku pakai bedak miyami kan ? Sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ni kat entri ni !  sO hari ni aku bagi tahu lagi la aku memang menggunakan bedak ni dari dahulu lagi. Memang aku selesa menggunakan bedak ni dari bedak-bedak yang lain. Salah satunya mungkin sebab dia kene dengan kulit aku, Then kurangkan muka untuk berminyak. Kalau pakai lama pun masih bertahan. Sebenarnya mungkin sama je dengan bedak2 lain. Cuma aku lebih selesa bedak ni. Oh, bedak ni kan ada dijual di COSWAY. Bulan lepas aku dah rembat 3 keping bedak ni, sebab offer time tu. RM16.00 . sape tak nak kan? sO stock untuk 3 bulan .. 

Oh aku tak kisahlah kalau orang cakap, bedah aku ni murah ke low class ke apa ke? Ermmmm tapi yang penting selesa and tahan lama. Muka pun tak rOsak. Tak suka lah ada sesetengah kwan aku yang pernah perli aku pakai bedak ni??? Nape, xde class sangat ke? Tapi dia pakai bedak pun aku tengok biasa je.. huhuhu Malas nak peduli lah.

 Meh aku bagi testimOni bedak ni.
.
.
.
.

V

 Ini gambar masa mula-mula sampai Wedding anak Bos aku ahad lepas.
Masa ni jam baru pkul 7.00 malam
Kitorang bersiap awal. Jam 5.30 petang lagi dah bersiap-tiap time ni yeeee
Oh bonus aritu aku CUTI solat, so memang tak perlu basuh muka dah.




kami balik jam 11.00 malam that night 
^_^
Langsung tak ke tandas untuk touch up okey
 


sO dalam 6 jam aku pakai make up without touch up. 



lagipun tak sempat nak keluar-keluar ^_^
Sampai rumah dalam 11.50 malam 




Tuesday 12 June 2012

Chinese wedding (Wedding Ank BOSS)


Hye, sebenarnya hari ni aku tersangatlah busy. Maklumlah, kerja banyak.... sangat !!! Petang ni aku nak ke HQ meet my ex boss lead presentation research aku for this coming friday. Then tomorrow pagi-pagi aku dah ada meeting untuk event besar kami this coming October 2012. Jadinya nak update new entri memang selalu terbatas. Plus2.. aku dah terminated broadband aku. So memang tak dapat nak online kat rumah. Sebab apa terminated??? sebabnye aku rasa, masa aku banyak habis di opis. balik rumah cuma tidur ^_^

Oh, dah melalut... sebenarnya nak stOry pasal aku pergi wedding bos aku nyer anak teruna dia. sO ni memang kali pertama aku pergi wedding chinese. Sebelum ni memang tak ada lah kan? lagipun aku memang ramai kawan-kawan malay. Cuma since kerja ni, aku ada berkawan dengan sorang chinese girl ! tapi dia pun dah mix macam malay plak.sO first picture tu masa kami mula-mula sampai kat Tropicana Golf & Resort Hotel. Hehehehe, aku bawa hadiah kecik. 

Sampai je kat sana orang dah ramai. Tapi mostly is chinese. Malay ada. Indian pun ada sikit. 1 MALAYSIA !!! hehehehee ..



Ni lah manager merangkap supervis0r aku. Dia cantik sgat that night!! 
One more important lebih penting, dia bos paling cool, and baik penah aku jumpa ^_^

Opss yang bawah ni gambar-gambar kami yang macam biasa, GILA BERGAMBAR !! 
layannnnnzzz !!!

3 bestfriends ^_^ lah sangat .. 


Baju pink tu lah kawan chinese aku.
Hehehe kawan2 cakap bukan macam dukung anak. Macam dukung adik jew..

Opppsss CANDID !!
Ni teman tapi mesra aku ^_^


Last sekali gambar pengantin ^_^


Ok bai !


Oh lupa nak cakap. Gambar ni tak perlu di edit sebab guna DSLR dah.

++
pakai bedak compat COsway, Herbalife make my skin smooth + sabun susu beras ^_^