Tabung nuffnang sayer :

Wednesday 7 May 2014

kasih seorang ibu menyiapkan persiapan kahwin gua =)

Hye u olls pepetang ni nak cite pasal persiapan perkahwinan sat. Alhamdulillah banyak yang dah settled. Cuma sket-sket yang simple masih belum siap. Tapi semua tu atas pertolongan ibu gua yang cool and vogue ! Giler ah kalau tanpa beliau memang satu apa pun kelaut lah jawabnye. Susah aku nak buat persiapan ni. 95% memang semua dari ibuku. Huk huk sedih tau. Sebab tu sayang dia sngat-sngat !!!
Dah settle
Pelamin
bunga pahar
catering
meja makan kerusi
baju nikah
baju sanding
par hantaran
Dewan
nasyid & nyanyian
photographer
kotak doorgift
kursus kahwin
 
Tak settle lagi !
kad kahwin
doorgift
hiasan kat hantaran
Ujian HIV
urusan nikah
 
 
Abaikan yang lain sebab kali ni nak cerita pasal bunga pahar yang mak aku buat. Dia buat sendiri yang tak tahan tuh !!! Huish... aku balik kampong arituh, teruja dia dok tunjuk apa dia dah buat. Sampai 4pg aku tidoq arituh tau. Tapi kebetulan mata pun tak mengantuk lagi, so aku pun teruja tengok persiapan yang dia dah buat. Hihi apa pun aku suka je idea mak aku sebab dia punya citarasa memang selalu kene jek kat hati aku. Aku tak dak masalah kalau mak aku yang pilih. Al kisahnye... aku balik kampong tu tengok cantik-cantik semua yang mak aku buat.
 
Cantik tak?? tema kaler purple belacan gitu. Oke tak???? Haaa bunga pahar ni semua and hiasan par hantaran memang mak aku yang buat. Memandangkan dia suri rumah sepenuh masa, so dia volunteer nak buat semua tuh

gini la bentuknya bunga untuk bunga pahar tu dari jarak dekat. kretif kan mak I ollss.

Ni pulak bunga untuk souvenir kengkawan rapat mak ayah. Tak tahu lah dia bagi apa, tapi macam aku pun akan kasi pada member-member rapat kan 


ni bentuk asal bunga pahar. Botak je cmni kan?? hik hik .. sO mak aku yang kretif ni dah ubah / transform ikot tema dia nak.
Mahai jugak bunga ni sekuntum dekat RM.1.50 sekuntum camtu lebih kurang.


ni la untuk transfom tu, mak aku buat riben ikot kaler tema we olls ungu belacan. Harga segulung riben ni dekat RM3 cmtu xsilap. So arituh Nampak macam mak aku beli dekat 30 gulung kot. xpasti.. sebab macam banyak

jadi lah menarik sket kan???

image lebih besar


Cara-cara untuk buat riben tu senang je. hik hik .. Ni mak aku ajar la masa balik haritu, so sempatlah aku siapkan untuk dia smpai habis. Tak ramai pun nak invite orang nanti. Adalah dalam 500 orang macam tu

buat 4 lidi gitu, lekat pada apa-apa kertas or kotak keras sket. lidi tu nanti kene sama besar ye.
so step 1: Korang lilit je riben tu kat lidi. Kalau tak nak kasi gerak2, sila kepit permulaan tu dengan pengepit. jadi senang nak lilit. Lilit ikut banyak mana riben korang nak kembangkan. Macam aku, nak 3 kuntuk riben camtu. Jadiknye lilit jadi ada 4 lilitan

Okey dah lilit jadi 4 lilitan. Aku kepit kiri kanan tak mo kasi gerak.
Turunkan riben rapat ke bawah. Senang nak ikat dawai nanti tengah-tengah. Ikat ketat-ketat

OKey boleh ikat dah tengah-tengah tu dengan dawai

Nampak tak?? SO dia ada rupa riben kan???

dah kukuh korang bawak la keluar dari lidi tu.

Taraaaaaaaaaaa !!!
kan da jadi. So kembangkan riben tu sendiri ye.. supaya Nampak berbunga-bunga.

Ni rupa after dah dikembangkan. Siap untuk ikat pada lidi bunga pahar. Dawai kawat tu korang jangan buang, biarkan berjuntai untuk lilit kat lidi nanti
 
Haa banyak kelebihan bunga tu tau. Part ni mak aku letak bunga Kristal tengah-tengah . Dia nak lekat kat mangkuk Kristal untuk souvenir kengkawan.. Untuk bunga pahar pun boleh letak jugak . Besar riben bergantung kita nak macam mana sizenye 
 
Tapi apa-apa pun aku berterima kasih kepada ibu aku kerana banyak membantu. Ada satu malam tu, aku buat dengan dia depan tv. Sampai jam 3 4 pagi siapkan benda-benda ni semua. sO masa dia gigih buatkan tu, ada la rasa macam sayu. Mak sanggup buat semua ni untuk anak-anak dia. Mak mana yang tak nak buat yang terbaik untuk anak dia kan? Memang overall dia yang buat. Maybe sebab aku anak sulung, jadi dia excited nak siapkan segala. Hik hik beruntung aku dapat ibu macam dia. Ayah pun tak kurangnya jugak. Ayah memang sangat-sangat membantu. Hik hik mmbantu dari segi mengeluarkan perbelanjaan kahwin ni..


* maap kualiti gambar kurang memuaskan .. Huk huk tunggu nak beli Note 3 tak lama lagi. Ngeh ngeh ngeh

4 comments:

  1. nak minta izin bookmark n share cara nak buat bunga reben tu. cantik lagi kreatif!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa Allah nanti I bagi cara2 buat riben ni yek. =)

      Delete
  2. mak kita sama.. hehehe ^^, tolong buat preparation.. memandangkan ina kerja jauh.. balik seminggu sekali je kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul-betul.. keje pun busy sangat2.. cuti kawin pun tak mintak lagi. Tunggu da dekat baru mintak hihi sebab baki cuti tinggal 32 hari jek lagi :'( Oh.. nak cuti raya, nak cuti raya haji and macam-macam benda lagik !

      Delete