Tabung nuffnang sayer :

Thursday 8 May 2014

Omaigadd !! Pelancaran Volkswagen Jetta baru RM130,888

Wow !!! Hurmm hurmmm sebenarnya Volkswagen ni memang kete idaman gua dari dulu-dulu tapi tak mampu nak membeli kan. Jadinya aku cuma pakai MyVi kaler putih. Pun dikira ala-ala Volkswagen jugak la kan?? hik hik pasai kecik molek cmtu. Huhu berangan je lah kan?? Mana tidaknya, baru-baru ni aku terbaca 1 artikel Volkswagen telah melancarkan kereta baru iaitu Volkswagen Jetta CKD okey !! Regenya?? Okey Regenye RM130,888 ye ? Boleh beli sebijik rumah flat or apartment u olls .. Hew hew hew .. Tapi sesapa yang ada duit untuk beli kereta ni dipersilakan. Sebabnya rakyat-rakyat Malaysia ni ramai kaya raya kan ?? Okey sentap tau. Tapi otak ni masih tak penat memikirkan macam mana nak cari side income yang dapat menjana pendapatan I olls.. Hik hik

Ni la rupa Nye Volkswagen baru ye.. Bentuk sedan .  Dah boleh start nak order yek sesape yang berkenan kereta nih.

Haa Nampak tak side bar kanan aku de iklan ni. HIk hik nanti kelik2 ye ^_^ ... TQ
Okey lah memandangkan jenama Volkswagen ni bermain-main di CPUV aku makanya aku nak cerita sikitlah salasilah kereta ni. Hik hik tapi apa-apa pun aku masih suka Volkswagen Polo. Hurmmm Volkswagen Group Malaysia dan rakannya DRB-HICOM Berhad memperkenalkan kepada media model kejuruteraan Jerman dan dipasang di Malaysia yang keempatnya ke pasaran tempatan, Volkswagen Jetta dalam satu prebiu eksklusif pada 28 April 2014. Masih baru lagi. Dan setahu aku, 2 May 2014 dah boleh start order bagi yang berminat ye sebab mereka menyasarkan 3,300 unit untuk dijual di Malaysia sahaja pada tahun ini. Wow sangat kan dan semua pemasangan tersebut dibuat di Malaysia!!
Model baru yang bernama Jetta ini, menawarkan pemanduan penuh inspirasi yang menggabungkan elemen sporty, elegan dan keselamatan, tanpa berkompromi dengan komitmen Volkswagen terhadap aspek kelestarian menerusi kadar penggunaan bahan api yang efisien. Pemasangan tempatan model Jetta merupakan indikasi terkini mengenai komitmen kami untuk menawarkan pilihan kenderaan lebih mampu milik kepada rakyat Malaysia yang mahukan kualiti dan jaminan yang ada pada sebuah kenderaan dengan kejuruteraan Jerman.

Sebelum ini, model siap dipasang sepenuhnya (CBU) itu, dijual dengan harga RM151,188. Jetta yang merupakan sebuah sedan saiz sederhana adalah model Volkswagen komponen terurai sepenuhnya (CKD) yang keempat selepas Passat, Polo Sedan dan Polo 1.6 dan dipasang di kilang DRB-HICOM di Pekan, Pahang. Jetta yang baru dilancarkan itu dijual dengan harga RM130,888 dan boleh didapati dalam empat warna iaitu Candy White, Platinum Grey, Reflex Silver dan Deep Black.
antara ciri-ciri luaran Jetta ni, adalah merupakan insterpretasi moden Volkswagen ke atas reka bentuk sporty pada sebuah gaya klasik. Sejak diperkenalkan pada tahun 1979, Jetta popular dengan karekternya yang tersendiri. Gayanya yang unik digabungkan bersama reka bentuk sebenar dan ciri-ciri inovatif yang memiliki potensi untuk menarik kelompok pelanggan yang mahukan gaya serta elemen sporty dalam mobiliti mereka.
Selain itu, Jetta memiliki rekaan dengan keseimbangan sempurna di antara elemen sporty dan elegan. Ia kemudian disokong oleh bahasa rekaan dalaman serta luaran yang unik, difikirkan secara mendalam dan konsisten. Ketika reka bentuknya yang bergaya dan tersendiri itu menarik perhatian serta tidak terlalu menonjol, Jetta turut menjanjikan pemanduan yang menyeronokkan. Pada masa sama memberi jaminan dari segi keselamatan dan mesra alam sekitar.
handsome kan Jetta ni. Tapi nama dia ? ermm ... ermmm nape Jetta ek ?

No comments:

Post a Comment