Tabung nuffnang sayer :

Monday 21 September 2015

Baby Breech

Hari ni dah masuk 36weeks. Kalau ikutkan dah kene ke PPUM untuk check up dengan doktor sana. Tapi disebabkan baru jek pegi minggu lepas. sO doktor mintak datang lagi 2 minggu. sO aku decide lepas balik dari Kuantan nanti la aku ke PPUM. Tapi kene ke Klinik Kesihatan (KK) dulu. Kenapa 36 weeks aku dah kene ke PPUM ??? Huhuhuhu sebab doktor nak check, baby aku still breech or tidak. Kalau breech / songsang makanye pihak PPUM akan set date untuk operation. Hui memang laa kalau boleh nak secara normal, tapi kalau dah itu ketentuan ALLAH. Aku terima jek asalkan baby sihat walafiat, cukup sifat dan fikiran. Aamiin .... 

Semalam ada kawan aku baru bersalin secare ceaseran juga. Katanya tak sampai 1 jam pun, then tak adalah sengeri yang dicerita ramai orang. Entahlaahhh aku pun dah tak kisah. Apa pun boleh. sO sekarang ni tengah list down keje-keje untuk aku serah kepada officer lain untuk ambil alih. Ada 2 orang jek officer dekat unit aku pun. 

35 weeks 5 days 

Apa alahan aku dapat semasa mengandung ? 

Hihi alahan setakat ni, since masuk bulan ke 6, aku dah start suka make up and membeli macam-macam. Ada jeeek nak dibelinye haaa. Paling suka shopping tudung lofa. Dah 10 helai jek beli untuk bulan ni. Beli barang-barang makeup. Adeehhhh... penangan baby girl 

hasil tangkapan ahad lepas. huuuu topup makeup pulak. pakai dalam pantang kot gamaknye

Friday 4 September 2015

Barang baby lagi !!!!

Dah sampai akhirnya barang-barang baby yang diorder ! Dah kenapa dengan aku ni lately dok beli barang-barang baby jek. Syndrom ibu-ibu bakal nak dapat anak kot. Wuuuuu - _- . Tak apa laa. Untuk siapa lagi kan duit ni kalau bukan dicari untuk keluarga sendiri. 

Yeay... macam biasa from BedungBarut. Memang femes IG dia. Jahitan dia sangat kemas. Kain lembut. Memang aku sukaa laaaaa
Bedung dia comelnyeeee !!! Kain pulak ala-ala baldu gitteww.. Mesti baby selesa



So far aku memang puas hati order bedung and barut dengan BedungBarut ni. Nanti sape-sape rasa nak cari barut kaler putih pun dia ada jual. Tapi aku amik kaler cream. 

Amik yg size panjang sebab bole pakai smpai baby besar

Kendian pegi mall nampak cantik pulak leggign n romper ni. Wuuu beli lagi 




Wednesday 2 September 2015

Beli rumah ~ Dah 45% progress !!!!

Rumah dah 45% progress done, tapi aku tak nampak lagi pembayaran kepada pemaju huhu... Sakit pulak hati kita deal dengan pinjaman perumahan ni.. Cenggini laa kalau kita apply loan dengan kerajaan. Lain pulak dengan personal bank kan, memang terus tolak if tak ada apa-apa isu lagi. Sepupu aku beli jugak area ni, tapi loan dia dah settled pn. Dah bayar kepada pemaju tanpa banyak masalah. Loan aku tak tahu laa apa status. Kalau call bahagian pinjaman memang susah nak berjawab laaa. Hurmmm last inisiatif aku sendiri ke putrajaya sana. Tapi ko expect apa? Nak aku datang lewat opis semata nak tanya mcm mn progress ? Tanya tak sampai 10 minit, lepas tu blah balik opis??? Omaigaaaadddd opis aku kat Petaling Jaya weii !!! almost 40km kot. Nasib baik jek rumah aku kt Puchong. sO tengah-tengah.... jadik bernasib baik sikit laa. 

Nasib badan laaa. Tapi ada pro and con laa personal bank and loan kerajaan ni. Macam sepupu aku tu, dah start tolak interest RM300 sebulan. Makin lm makin tinggi la kene interest / orang panggil kadar bayaran loan sewa dia. Macam loan kerajaan ni, until dapat kunci rumah baru loan start ditolak. Untung laa kiranya, tapi interest / panelti yang kene tak kira plak kan??? Aku kalau penalti setakat RM1k ok lg, kalau dah lebih RM1K nak jugak mengamuknye nanti !! Actually progress rumah aku tinggal cagaran nak tengok jek pun tu pun amik masa 7 - 14 hari. Ini rasanya hari ke 8 dah ni. Dah boleh mula tanya. Then selepas tu akan dihantar ke proses pembayaran laaa. Tu pun aku tanya amik masa dalam 21 hari ! Huh -_-' . Aku plak yang tahu proses kat BPP ni. Tapi kalau ssh sangat bagi respond, memang aku pegi sendiri jek ke sn tanya !!! Sebelum bersalin ni memang kene settled untuk elak aku dari berfikir kan. 

Isnin lepas sempat la round-round area kawasan rumah tu, nak ambik feel tengok rumah cemana progress kan?? Dalam invois macam dah banyak kengkononnya. So kebetulan datang tu pagar dia buka, dapatlah we all masuk and tengok smpai dalam. Aku tak masuk laa sebab tempat-tempat macam tu malas nk jalan masuk. Encik suami jek laa yang masuk menengok semuaaa. Rumah kecik jek, rumah teres setingkat. Tapi mahal baq haaannnnnnnngggggg !!! 

Kecik jek rumah ni. 20 x 69 . Dalam 1380sqt. 
Aku pun memang niat nak beli rumah kecik-kecik jek sebab tak larat nk mengemas rumah bebesar ni. Cukup-cukup sederhana jek laa. Tapi mana tahu kemudian hari kan, kalau anak da ramai. Tapi aku agak suka pattern dalam rumah ni. Bentuk memanjang jadi boleh laa nk menghias tu ikut suka. 

Rumah aku belah kiri ni kalau dari pandangan depan macam ni. Nasib baik aku ambik belah kiri. Time ni jam pukul 3 petang camtu, sO petang memang teduh. Orang kata nak beli rumah kene beli teduh masa petang. Hihi aritu, ada 1 jek lagi belah ni. Cecepat aku booking amik. 

Belah kanan panas sket kan?? 

bentuk dalam. Direct dapur. Besar pulak dapur tu punya bukaan. Haish.. ni macam kene kreatif sikit nk tutup dapur tu. Dapur besar encik suami cakap. Hurmmm 








Rumah aku ni sama pattern dengan kengkawan opis yang ada jgk beli area sana. Kira taman lain-lain laa. Kira agak luas jugak bila rumah da siap ni. Huhuhu Kak Imah sory upload picture rumah. hihi sebab eksaited sangat suka rumah memanjang gini. Senang nak hias. =) 




Hihi dalam kepala da tau daaa nak hias cmne. Hihi xnak beli perabot dah sebab dah ckup. Kalau tambah sket2 boleh laaa. ^_^

Tuesday 1 September 2015

Wake me Up when September end ~ Counting dayssssss !!!

Oh my ! Dah masuk september kan?? Semakin hari semakin cuak dan berdebar. Lagi sebulan lebih nak jumpa orang baru katakaaannnn.. mmmmm barang-barang si kecik ni of course aku da siap packing. Packing untuk bawak balik ke Kuantan teros lepas bersalin. Means aku tak balik rumah puchong dah. Terus jek balik Kuantan. Huhuhuhu tak kuasa nak naik smpai tingkat 4 balik oiii ! Barang-barang dia aku dah letak tepi. Kalau emergency ke apa ke bawak turun jek laa sebab tak masukkan dalam kereta lagi. Muat ke  nanti -_- ... OMG !!!! Tapi ingat tengah bulan macam nak balik kuantan ni, boleh la bawak balik sikit-sikit dulu kan?? 



Yesszzaaa eksaitad aku dok mengemas barang-barang cenonet dia. Tak adalaah beli banyak sangat tapi boleh dikatakan lengkap. Tapi aku tak beli yang mahal-mahal pun. Berjimat jugak sebab dia bukan pakai lama. Sekejap dah besar. Box tu pulak aku recycle kebetulan ada beberapa dekat rumah. Jimaaattttt  ^_^ . Alhamdulillah Allah beri rezeki yang cukup untuk lengkapkan barang-barang dia. 



Barang-barang dia pun aku dah basuh sesiap. 3x basuh jgk laa mesin basuh bergerak. Ni yang last laaaa. Smpai ke tilam bantal sarung bantal semua laaaa. Lepas tu baru aku pack2 masuk dalam box and bakul. Letak tepi supaya senang nanti bawak turun jek nanti. 






senarai semak untuk barang-barang baby. Hihi sape2 boleh refer untuk penambahan ilmu. 


dah nk masuk 33 weeks minggu ni ^_^