Tabung nuffnang sayer :

Monday 31 October 2016

cara buat stok Ayam - Bekal bubur baby pagi-pagi rumah pengasuh

Selalunya aku memang akan siapkan bekal untuk Laana walau dia dah umur 1 tahun ni. Cuma bezanya makanan dia dah tak diblend la macam dia umur 6 - 10 bulan aritu. Masa tu memang kene blend sebab tercekik pulak baby kalau makan nasi walau lembik kan??? Takut tak hadam dalam perut. Untuk cara-cara yang bubur diblend bole tengok entri bubur ayam feveret baby .

Minggu lepas Puchong dekat 5 hari tak ada air. Nasib baik laa ada air tangki then duduk berdua jek kan? sO jimat la pakai air. Adoi rasa bersalah sebab stok ayam untuk baby pun da HABIS !!! Kesian baby nak makan bubur tak boleh. Dalam peti ada 1 jek lagi. Stok tu aku buat banyak-banyak and simpan dalam freezer. Kalau pagi nak buat bubur selalu mlm aku letak kt chiller bagi cair. sO ada 1 bekas lg tu aku bawak jek la ke rumah pengasuh mintak dia buatkan bubur. Senang kan??? Bawak beras sikit + stok ayam tu. 

Sekarang pagi-pagi semenjak tak payah blender ni senang sikit la keje. Hihi aku bangun 5.30 pagi. sO basuh beras dalam 4 sudu kecik. Isi air banyak-banyak . Nak masak bubur kan??? Macam biasa la, then panaskan. Biar jek sambil-sambil tu aku siap la p keje. Mandi, iron baju, solat, siapkan apa patut. Sambil-sambil datang la kacau nasi tu. Bila agak da tengah-tengah, aku masukkan la 1 bekas stok ayam dalam nasi tu then kacau. Nanti dekat-dekat nak kering aku tutup api and boleh la tuang dalam bekas untuk bawak ke pengasuh. Sekejap jek siap! hihi.. 6.30pagi aku dah gerak turun nak ke opis. So 1 jam jugak la persiapan sambil-sambil tu.

Ni la stok ayam yang dah siap semalam. Bekalan untuk 3 minggu 

ni masa tengah menggelegak. Air da nk makin kurang boleh la masukkan 1 bekas/ kiub stok ayam tu 

kacau jek sampai dia jadi bubur and lembik. 

Dah siap! Sekarang tak payah blend dah. Tapi kalau bawah 10 bulan kene blend ye. Kesian baby nak telan tak boleh

Cara-cara buat stok ayam:


Bahan-bahan dia 

1. minyak olive oil. Aku tak masukkan minyak masak untuk baby. Kalau nak letak butter pn bole
2. bawang merah + putih  (tumis)
3. Bahan rempah (ni beli 1 paket ada semua ni termasuk sup bunjut)
4. Carrot + Batang celeri
5. Ayam dipotong dadu. (xada picture pulak)


Cara-cara: 

1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang sampai naik bau. 
3. Masukkan rempah ratus tu semua
4. Masukkan ayam tadi. Lagi banyak lagi manis (tutup sekejap dalam 1 minit)
5. Masukkan air masak. Agak-agak banyak mana nak. Biarkan mendidik sikit
6. Masukkan carrot + batang celeri 
7. Biarkan selama 1 jam dengan api yang slow. 

Stok Ayam:

1. Tutup api. Biarkan sejuk sikit
2. Asingkan awas2 mcm ayam + carrot jek aku amik dan tos
3. ASingkan sup dari bahan-bahan selain carrot + ayam. Aku buang jek yang tak pakai tu. Sebab nak sup, ayam dan carrot shj. 
4. Blend dalam blender khas masukkan ayam + carrot, kuah sup sikit. 
5. Sup yang ada lebihan tu pn bole jd stok ayam. Simpan sekali dalam bekas kecik-kecik terpulang korang nak simpan macam mana. 
6. Dah sejuk baru masuk dalam freezer. Tahan 1 - 3 bulan. Tapi aku cuma siapkan untuk 3minggu shj. 


Bila nak buat bubur esok tu, mlm bawak la turun dari freezer ya 1 untuk cairkan. 


4 comments:

  1. nak try la nanti. yeayyy. tq share recipe :)

    ReplyDelete
  2. Sesuai utk baby umur brapa yee stok ayam nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya start kepada anak sy lps boleh makan. dalam 6 bln ke atas. Tapi blend nasinya tu

      Delete