Tabung nuffnang sayer :

Sunday 28 August 2016

OK TAK Hantaran Kahwin pakai Emas Dinar??

Sebenarnya aku sendiri dah lupa pasal hantaran kahwin aku nih. Kebetulan ada seorang member lama bertanya balik sebabnya dia pun nk berkahwin and berminat untuk menggunakan emas dinar kot. Hihihi tak tanya lelebih la pulak, sebab aku busy aritu. Makanya aku cuma sharing sikit dekat dia. Tup tup tengok dekat blog pun aku tak update pasal hantaran nih. Patot la dia cakap aku tak sharing dalam blog lagi pasal dinar nih. Actually aku pun lupa nak ambik gambar barang-barang hantaran and especially emas la kan? Sebabnya majlis bertunang, nikah and resepsi aku buat dekat dewan. sO lepas akad nikah, emas of course teros bawak masuk simpan dalam kereta la. Kalau tak simpan alamatnya memang tak dapek lagi la kan???

Kebetulan lately staff-staff aku pun dok sebut pasal emas dinar. Ada yang memang dah start kumpul kan? Aku pun baru remind balik yang aku pun memang ada simpan dinar. Hahahaha boleh terlupa kan? Tapi hajatnya memang nak simpan untuk kegunaan yang sangat-sangat EMERGENCY. Kalau biasa-biasa rasanya aku tak akan gadai lagi emas dinar aku nih. Lagipun emas ni akan naik day by day. Contohnya tadi aku godek masuk Public Gold untuk tengok rate terbaru untuk hari ni. WOW 1 Dinar PG jual RM777 and sell RM715. Means that kalau nak beli tu RM777 ? 

Terkejut tengok harga sekarang. Mahal ! Masa zaman en suami beli dulu-dulu kumpul untuk hantaran kahwin ni, 1 Dinar dalam RM550 - RM600. Ada la jgk pernah beli masa 1 Dinar RM530. Itu zaman 2014 kotttt.... sO en suami kumpul 10 dinar untuk buat hantaran + duit sekali. Duit tuh rahsia la kan? Jeng..jeng ... jeng... Duit tu aku dah masukkan semua ke dalam tabung haji. Dinar memang tak sentuh 1 pun lagi. See korang boleh nampak kalau en suami bagi semua duit pada aku rasanya ada jugak la habis ke SHOPPING mende tak pekdah !



So ni lah rupa hantaran aku dulu. Duit rahsia. Haha beserta 10 keping Dinar Emas. 


Kalau ikut kiraan la kan? En suami beli tahun 2014. 

1 Dinar RM550 x 10 dinar = RM5,500.00 (Beli dari PG)


tahun 2016 

1 Dinar RM777 x 10 dinar = RM7,770.00 (beli dari PG)
1 Dinar RM715 x 10 dinar = RM7,150.00 (sell to PG)

Untung adalah sikit dalam RM1K lebih sikit2. Sebab ni anggaran sahaja. 

Ni lah dia dinamakan menggadakan duit tu ye. Hihihi 2017 ... 2018 ???? Tak tahu lah mcm mn pulak harga emas ni kan? Jadi jom menyimpan emas untuk masa depan. Hihihi. 

Tuesday 16 August 2016

Baby allergic habuk !

Arghhh memang lately busy bebenor nak mengupdate story mory dekat blog usang ni. Kesian dia berhabuk and bersawang dah gamaknya. Tapi aku tak lupa nak jenguk-jenguk blog kengkawan. Setakat blogwalking and baca tu aku Okey lagi setakat ni. Cuma nak mengarang nak menaip. Haduiiiiii. Tak apa lah tolak ketepi sat cerita malas tu sebab nak cerita pasal alergik. My baby kene alergik 2 3 minggu lepas. See, cerita dah 2 3 minggu aku baru ada mood nak menaip. Belum lagi cerita bab raya pn memang kelaut ! 

Nak dijadikan cerita, 1 hari tu pengasuh aku kene checkup susulan di PPUM pagi tu. sO aku ni susah ati jgk la nak hantar mn la baby ni kan? Nak cuti ?? Rugi pulak sebab cuti ni nk simpan untuk time terdesak la kan? Mana tahu ada emergency ke. Cuti aku ni pn dah tak banyak oi. Ada lagi 18hari jek ni. Huhuhu sedih ! Lagipun pengasuh cakap dalam pkul 12 tgahari tu dia dah balik dah. sO pagi jek la dia ke PPUM. Aku pn fine! sO tak pikir banyak bawak jek la baby ke opis. hahahahaha.. Nasib baik dia jenis tak banyak ragam. Diam jek. Tak menangis langsung. ENjoy main alat tulis atas meja aku tu ha



dekat belakang tu pulak ada karpet tempat slalu aku solat. Kira macam bersih la kan? Tapi dengan mata kasar jek kot. Sebab kalau nak bagi baby susu, aku baringkan dia kt belakang tu. DIa minum la situ. Tp dia selalu merangkak keluar dari kawasan karpet tu. Merayau kat simen. Sudahnya aku letak jek la atas meja ha. 

Settled urusan di pejabat.sO esoknya aku tengok ada merah-merah dekat kaki. ok lagi ingatkan merah apa lah kan? Tapi masuk hari ke seterusnya habis 1 badan naik mcm gatal-gatal merah. Semua orang igt dah macam campak dah. Sebab dia memang ada demam pn kejap. 3 hari sebelum naik gatal-gatal tu. kejap jek pn demamnya xpayah mkn ubat pun. so memang ingatkan campak la kan?? bawak ke klinik doktor cakap bukan campak. pening kepala sat. Habis tu apa??? 

so doktor cuma bekalkan celamine and ubat alergik la. 







Dalam gambar ni tak berapa jelas. Tapi memang agak teruk rupanya. CUma baby tak meragam langsung. Dia macam biasa. Happy go lucky. so aku cuma sapukan ubat celamine tu la. ubat makan cuma bagi 2 hari shj. tu pn 1x shj. Then dalam 2 hari merah-merah tu da surut. Alhamdulillah legaaa. So aku buat andaian yang baby ni alergik dengan habuk and debu kotor. hadoiiiii selagi anak tak besar ni kan, gatal merah demam selsema batuk sikit pun kita dah xboleh bernafas kan?? Rasa tak lena tidur malam memikior.