Tabung nuffnang sayer :

Friday 14 April 2017

Breastfeeding lebih mudah dengan adanya manual pam silikon

Aku tak tahu la masa zaman Laana dlu benda ni dah ada ke belum?? Aku panggil benda ni pam silicon. Haha sebab material dia dari silicon/ getah gittew, then memang penggunaan dia pun lebih kurang macam pam cumanya more to manual lah. Tapi bagi aku laaa ada benda ni lebih senang. Especially masa dalam pantang. Sebab masa dalam pantang baru-baru lagi dalam kurang dari 30 hari nih kita lebih suka direct feeding kepada baby newborn kita kan?? Nak pam bagai apa semua tu rasa macam malasnyeee. Lagipun pergerakan agak terbatas sedikit. 

sO selalunya kalau aku direct feeding (DF) baby aku, sebelah lagi aku letak pam silikon ni laah. Tahu-tahu jek da nak penuh aku tuang dalam botol. Bila tengok dapat jugak 3oz sebelah tu rasa nk melompat pun ada. Banyak! hihi sebab itu baru sebelah. Tapi kadang kalau tak banyak tu boleh la dapat lebih kurang 2oz macam tuh. Tapi tak kisahlaa sebabnye fasa mengumpul stok susu pun aku dah start buat sikit-sikit start hari ke-10 dalam pantang. Risau pulak kalau stok tak ckup. Since en suami dah belanja peti besar dulu masa zaman Laana kan? Tapi sayang tak smpai 5 bulan beli peti tu BF journey susu dah mula kering sebab Laana dah nak dapat adik kan?? sO aku sempat bg dia susu ibu sampai umor dia 11 bulan shj. 

Barang-barang untuk Raaniya part breastfeed memang aku pakai yang mana dah sedia ada shj. 
1. Pam (cuma 5 bulan sebelum bersalin aku sempat hantar servis)
2. cooler box - dah sedia ada 
3. milk plastic storage - sedia ada dari zaman Laana. Ada banyak. sO habiskan kotak ni dahulu kemudian baru aku akan beli yang lain
4. beg pam ke pejabat dan rumah pengasuh - dah sedia ada

Haha see banyak jimat untuk 2nd baby kan?? Aku cuma perlu tambah:
1. botol susu untuk simpan susu sementara transfer ke milk plastic storage. Itu pun beli 14 btol baru pakai 5 botol. Botol macam ni tempoh pemakaian cuma 6 bulan shj. Aku berniat nak cari botol susu dari kaca laa. senang tak perlu tukar-tukar kan??

2. Of course pam silikon yang aku bagitahu tadi. Best giler wei !! Ok tu tujuan utama aku update entri baru ni haa. 


Haa pam silikon ni lah yang aku cakap best tuh! Seriously sebelum ni rasanya aku tak tahu pun pasal benda ni. Rasanya masa Laana dlu mcm tak ada jek. Yeke?? Ke aku tak tahu?? Hurmm nevermind ! Tapi apa yang pasti aku puas hati betul pakai benda ni. Simple tak perlu nak pasang macam-macam part macam kita nak pam tu kan??? Baby newborn plak kerap df so masa dia df kiri kita letak pam silikon ni belah kanan. Begitulah sebaliknya. Sekali nengok haa hampir penuh. Bila penuh cmni standby siap-siap botol kat sebelah. Tuang jek. Then tukar kedudukan baby. Gitu lah yang aku buat. Jarang aku pam. kadang kalau rasa bengkak sangat baru aku mencarik pam elektrik aku. Hihihi . 

Ada macam-macam jenis brand untuk pam silikon nih.  Ada yang mahal ada yang murah. Aku cuma beli yang harganya murah jugak laa sebab at the first time tu, rasa mcam nak cuba jek. Tak serius pun nak pakai kan?? Kebetulan dekat Expo Baby Mid Valley ada mcm-macm brand kan? Jadinye aku start survey untuk harga yang murah sebab bila tengok material macam SAMA ! Tapi tak tahulah kalau ada perbezaan kan?? sO aku tengok di Expo masa tu ada sale untuk jenama CUTEBY. RM19.90 shj. Tanpa banyak songeh aku terus grab 1. Kalau tahu murah aku grab 2 3 bijik. Hihi. Ada juga beberapa brand lain yg aku nengok masa tu macam Hakka . Agak mahal. Mungkin elok kot. Mungkin. Terpulang kepada individu. Nak memilih brand apa kan?? 



Lepas dah isi dalam botol tu, aku pun isi dalam plastik susu la macam biasa. Hihihi.. Tengoklaah perkakas perang nih. Semua ni aku korek balik hasil simpanan masa Laana dulu. Jimat banyak kan? hihi. 


cooler box nih aku pakai kalau nk bawa susu untuk ke sesuatu tempat mcm nk balik kampung. Memang senang nak manage

Untuk ke pejabat pulak aku lebih selesa pakai beg susu Gabag. Boleh tahan lebih 8jam. Trendy pun trendy. 

Hasil simpanan stock susu untuk 20 hari dalam pantang hihi. Aku start buat stok masa hari ke 10 dalam pantang kan? Harini dah hari ke - 30. Harap-harap BF journey kali ni sampailah genap 2 tahun.
Inshaa Allah ^_^


Semoga aku tak putus asa ! 
chaiyok !!! 



1 comment:

  1. Allhamdulillah... nice sharing sis... selamat bf sis:) insyaaAllah ada rezeki sampai 2 tahun,,,

    ReplyDelete